Okay, novel ni aku dah baca lama, tapi baru sekarang nak review. Macam mana nak mula, ya? Tapi memang serius novel ni best gila! Mula-mula baca, terfikir jugak. Ramai yang kata novel ni best, tapi aku baca mula-mula serius boring. Tak tahu kenapa? Oleh kerana penulis kata baca dengan mata hati, so aku baca sejujur-jujurnya... cuba nak cari apa yang terkandung dalam ILUS ini. Ternyata memang betul, masuk bab pertengahan terasa susah nak lepas. Banyak babak yang buat aku rasa insaf dan muhasabah diri, bermakna ILUS memberi kesan kepada aku! Tahniah Melur Jelita! Naskah ini sangat best dan berkualiti dan jauh beza dengan tipikal novel melayu, harus diberi perhatian novel seperti ini.Kisah Ahmad, Ahmad yang pergi membuatkan aku rasa sebak. Kemboja yang mempunyai kehidupan yang daif, tidak cukup makan dan sebagainya. Kita di Malaysia seharusnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan... Alhamdulillah, akhirnya selesai juga menelaah naskah ini yg beratnya hampir 1kg!! sgt berat okay!!5*kalau dilihat dari jalan ceritanya, mungkin saya akan beri 3 @ 3.5* saja. lelah, penat, menelusuri watak Iris & Firman. Bermula dari zaman 'U' sehinggalah kedetik penamat. saya hampir-hampir meletakkan naskah ini ketepi kerana penat mengikuti kisah mereka berdua yang turun naik. sebenarnya boleh saja dipendekkan. apa yg saya dapat simpulkan, sebenarnya kisah ini adalah misi Iris ke Kemboja. kenapa kemboja? Kalau tak silap dlm bab 11, secara tiba-tiba kita dikejutkan dengan kewujudan kelahiran bayi'. Pelbagai persoalan timbul dalam benak dan perasaan ingin tahu itulah yg membawa kita menelusuri kehidupan sebenar di Kemboja.Kenapa saya memberi 5* utk naskah ini? saya seorg peminat sejarah. saya suka mengkaji. pada saya, sejarahlah yg membentuk tamadun. kerana sejarah kita kuat. jadi, saya kuatkan hati meneruskan perjalanan pembacaan ini yang menyingkap kehidupan di Kemboja secara mendalam. Kalau ditanya, bila akan kesana. sudah pasti kita menjawab, insya Allah, tidak pasti. lalu, dengan adanya karya ini, sekurang-kurangya kita tahu apa yg ada dalam 'jiwa' dan 'hati' negara yg pernah berada dibawah rejim Pol Pot yg kejam itu. Syabas penulis kerana anda sudah berjaya membuat saya menangis ketika menyusuri penderitaan mereka. inilah 'jantung' naskah ini. penelitian yang sangat teliti dan berjaya membawa saya hingga ke noktah terakhir.Dan ketika ini, saya sedang melangkah bersama Iris dan Firman setelah mereka melafaz lafaz keramat, ijab & kabul.
What do You think about I Love You, Stupid! (2012)?