Good story line though it appears quite cliche. But it's so much better written than the last malay languange fat book that I read. Bravo to the author. I smiled a lot reading first half of the book. Thanks!Not that bad a read but I do not suggest this book to students with problems in Bahasa Malaysia as the writer did not use the standard language. I believe reading too many of such books could affect their proficiencies in Bahasa Malaysia. Novel kedua Suri Ryana ni membawa kita menyelami kehidupan seorang Medina Izwani (Wani) yang dibesarkan oleh keluarga angkat. Hubungan dengan keluarga angkatnya memang baik sehinggalah Wani dah ter'kantoi'kan kekasih hati Nazrin (abang angkatnya), Zita yang curang di belakang Nazrin. Semenjak hari itu, Nazrin memusuhi Wani kerana dia menganggap Wanilah punca keluarganya tidak dapat menerima Zita sebagai menantu dalam keluarga itu.Namun, sebelum Nazrin menyambung pengajiannya ke luar negara, nenek mereka dah bercadang untuk menjodohkan mereka berdua. Alasannya, tak mahu Wani pergi jauh dari keluarga mereka. Nazrin memang dah tentulah menentang perkahwinan ni. Tapi bila kesihatan nenek mereka jadi taruhan, mereka terpaksa akur dengan kehendak keluarga mereka.Kisah mereka bermula selepas empat tahun iaitu setelah Nazrin bergelar Dr. Nazrin dan mengajar Wani tutorial. Heh. Memang sah-sah la kena buli kan? Paling tak sangka, keluarga mereka siap ambush rumah Nazrin konon-kononnya rindu dengan anak menantu. Kelam kabutlah Wani mengangkut barang dari asrama semata untuk berpindah masuk ke rumah Nazrin. Oleh kerana mereka kahwin pun bukan atas dasar suka sama suka, Nazrin dah siapkan satu bilik yang berasingan buat Wani. Cerdiknya Nazrin, bilik mereka ni ada connection door antara keduanya. Jadi tak nampaklah macam dua bilik yang berasingan. Jenuh juga nak berlakon macam suami isteri yang bahagia. Lagi terseksa bila si nenek dan pembantu rumah mereka (Mak Timah) nekad untuk tinggal situ lebih lama. Haha.Walaupun setelah hampir empat tahun berumah tangga, Nazrin masih lagi berhubung dengan Zita. Setia betul walaupun Zita tu bukanlah baik sangat. Wani pula masih tetap bertahan walaupun banyak je kata-kata kesat dan sinis yang keluar dari mulut Nazrin tu. Tabah sungguh. Zafril datang nak mengorat pun tegas ditolaknya sebab Wani masih ingat status dia sebagai isteri orang.Rupanya rancangan nenek dan Mak Timah untuk tinggal lebih lama adalah untuk menyedarkan Nazrin tentang Zita. Bila dah terbongkar, barulah Nazrin sedar yang Wanilah isteri yang didambakan selama ini. Dan bermulalah sesi lovey-dovey mereka ni. Haha. Tapi mujurlah Nazrin tu tak 'terlebih gula' macam Mr. F. Phew.It's a happy ending walaupun saya rasa scene Zafril culik Wani tu macam add on scene je. Kalau letak scene tu sebelum Wani dan Nazrin berbaik mungkin nampak effect yang lebih baik untuk hubungan mereka berdua ni.Komen saya: Kisah santai biasa yang ramai orang suka. Lebih-lebih lagi kalau dah pernah mengikuti kisah ini di blog penulis. Bagi saya ia cuma kisah biasa yang cliche tapi masih boleh layan lagi sebab tak banyak sangat adegan 'terlebih gula' yang boleh buat saya rasa 'cemuih' :)
What do You think about Isteri Separuh Masa (2012)?
macam bestje ;)
—kuaci
bestnye...
—nasuha
Soo sweet! akhir cerita nya tu buat aku terharu! ^.^
—Xiaowei