Share for friends:

Read Airborne: A Guided Tour Of An Airborne Task Force (1997)

Airborne: A Guided Tour Of An Airborne Task Force (1997)

Online Book

Author
Genre
Series
Rating
3.76 of 5 Votes: 5
Your rating
ISBN
0425157709 (ISBN13: 9780425157701)
Language
English
Publisher
berkley

Airborne: A Guided Tour Of An Airborne Task Force (1997) - Plot & Excerpts

Seperti Fighter Wing: A Guided Tour of an Air Force Combat Wing,Airborne merupakan salah satu buku di dalam siri Tom Clancy: A Guided Tour (buku kelima). Pada buku kali ini,Tom Clancy menghidangkan kepada para pembaca bagaimana sebuah unit tentera unik,kumpulan tentera yang dipanggil Airborne atau Paratrooper,beroperasi. Lebih tepat,unit tentera darat Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai keupayaan melakukan terjunan daripada kapal terbang,menyerang sasaran dengan jumlah yang besar iaitu 82nd Airborne Division menjadi fokus perbincangan utama.Perbincangan mengenai unit tentera ini agak komprehensif. Ini termasuk sejarah 82nd Airborne Division,peralatan yang digunakan,strategi dan taktik operasi tentera berpayung terjun dan lain-lain lagi. Namun,tidak terhad kepada itu sahaja. Beberapa perkara lain yang berkaitan dengan operasi penerjunan anggota tentera daripada pesawat pengangkut tentera dan yang membantu perjalanan operasi yang lancar turut dibincangkan. Sebagai contoh,pesawat-pesawat utama (C-130 Hercules dan C-17 Globemaster III) yang digunakan untuk mengangkut anggota tentera divisyen ini juga dibentangkan oleh penulis dengan agak teliti. Ini termasuk sejarah pengoperasian,spesifikasi,rekod operasi dan lain-lain perkara berkaitan. Turut diselitkan dua buah novel mini yang membantu para pembaca memahami dengan lebih jelas peranan,keupayaan dan bagaimana 82nd Airborne Division diaturgerakkan jika berlakunya konflik di serata dunia.Terbitan asal buku ini adalah pada tahun 1997. Kini,pada tahun 2013,sudah 16 tahun berlalu. Sudah tentu,dengan peredaran waktu,banyak perkara yang telah berlaku kepada tentera darat AS secara amnya dan kepada 82nd Airborne Division secara khususnya. Sebagai contoh,senjata atau raifal utama yang dibincangkan di dalam buku ini adalah M16A2. Namun,pada masa kini,raifal utama divisyen ini adalah M4A1 (senjata ini berkemungkinan akan juga digantikan pada masa hadapan). Ada juga program-program ketenteraan yang dibatalkan atas dasar kos yang tinggi. Sebagai contoh,pada tahun 2004,program helikopter stealth RAH-66 Commanche telah dibatalkan atas faktor kos kajian dan pembangunan yang tinggi dan ketidakpraktikalan fungsi dan penggunaan helikopter tersebut di medan perang sebenar. Namun,pada masa yang sama,wujud juga program ketenteraan yang dibincangkan di dalam buku ini menjadi kenyataan dan dan dimasukkan di dalam perkhidmatan. Sebagai contoh,First Strike Ration yang mengandungi makanan yang mudah dimakan di mana-mana sahaja ketika di dalam operasi tentera. Menunya juga lebih menepati kehendak generasi anggota tentera masa kini. Ini bermakna,ada sebahagian maklumat yang terkandung di dalam buku ini sudah lapuk dan tidak relevan. Namun demikian,kandungan buku ini masih relevan terutamanya yang berkaitan dengan sejarah dan taktik pengoperasian tentera payung terjun yang masih tidak berubah sehingga sekarang.

What do You think about Airborne: A Guided Tour Of An Airborne Task Force (1997)?

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books by author Tom Clancy

Read books in series guided tour

Read books in category Fiction