Alhamdulillah. This is the book that wrap my 60 must read list for 2014.Novel yg penuh drama. I realky like the storyline. Overall they have this you complete me theme. Nia & Zaril membuat aku sedar tak semua kesempurnaan itu membahagiakan. Nia seorang yg tabah. Zaril seorang yg perlu Nia. Turin menemukan mereka akhirnya. Tenang Nia mengharungi semuanya. Yeah... I'm glad i achieve my 60th book. ULANG BELI ; 19.9.2014Novel pertama yang aku tongsampahkan (kejam dan sadis) kerana jilidnya tertanggal + terburai + terbarai + terlunyai. Memang confirm x boleh diselamatkan lagi. End up, mengenepikan Q naskah2 lain semata-mata ingin memastikan novel ini tetap berada dalam koleksi. Nasib baiklah percetakannya masih aktif (aku dapat cetakan ke 16).Teringat dengan rungutan teman, jika dibandingkan dengan mutu 'pembuatan' novel2 tempatan di pasaran, beliau lebih menggemari keluaran Alaf 21 yang 'dijahit' dengan benang jika dibandingkan keluaran lain yang 'dilekat' dengan gam. So, harapnya yang ini juga tidak berderai akibat terlalu kerap diulang baca... :)**********Ternyata dan terbukti sebab dan akibat yang dibawakan penulis lewat AKU YANG KAU TINGGALKAN melalui watak Nia Athirah dan Zaril Ikhwan masih super power auranya. Kejadian-kejadian 'goosebumps' dan 'hujung jari yang dipanah petir' masih tinggi skala ritchernya. Tarikan magnet dan rembasan ikatan kimia antara keduanya memang SUPERB!Alangkah bagusnya jika aku dapat memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan segala kejumudan, kebekuan, kepegunan dan kekakuan langgam bahasa yang digunakan, pasti berbintang2 di langit aku sematkan untuk naskah ini.Dan... cara penulis melukis Itali dalam naskah ini.... SUPERB walaupun agak jengkel dengan pengulangan tokoh2 dan jenama fesyen yang sama.*********1.5.2014Novel cinta yang biasa, kisah perkahwinan dipisahkan masa.TAPI.....Aku jatuh cinta dengan watak Nia Athirah dan Zaril Ikhwan. Nia gadis biasa dan Zaril pemuda semua ada. Yang menyatukan mereka adalah 'kekurangan' dalam diri masing-masing. Nia perlukan Zaril kerana wang untuk menyelamatkan keluarga. Zaril pula perlukan Nia untuk menjaga dirinya. Saling memerlukan dan akhirnya cinta terdetik dengan sendirinya. Campurtangan keluarga memisahkan mereka. Nia membawa diri ke Turin, Italy meninggalkan Zaril yang makin hilang hati. Pertemuan membakar semula ikatan suami isteri. Di sini diwarnakan watak Hazeril sebagai pengikat hubungan yang tidak pernah diputuskan. Agak klise kan? Tapi pengarang begitu bijak menggunakan plot untuk terus menarik pembaca mengikuti kisah Nia dan Zaril hingga ke akhirnya. Bab awal dan tengah dibina dengan begitu baik. Pertama kali aku membaca novel di mana watak-watak 'dipecahkan' dalam situasi yang sama. Penggunaan 3rd person POV, tapi pembaca diajak untuk menyelami rasa watak tersebut melalui pecahan tersebut. Selitan watak Farid, Nizam, Raihana dan Suzzana berjaya menampilkan lagi jiwa Nia + Zaril. Bagiku, pengarang perlu mencantikkan lagi bahasanya untuk lebih memikat rasa. Dan mungkin merujuk kepada yang lebih 'pakar' ketika menggunakan perbualan dalam English (kadang-kadang tersenyum juga melihat grammatical error yang ada). Sedikit mengecewakan di puncak cerita, terlalu pendek, terlalu banyak perbualan. Sepatutnya bahagian inilah yang paling crucial dalam sesuatu cerita. Sayang..... kesan babak Nia, Zaril dan Maximo di hospital tidak begitu menyentuh. Mungkin kerana penggunaan bahasa English yang agak terhad. Keseluruhannya, AKU YANG KAU TINGGALKAN antara novel teratas dalam koleksi. Bukan kerana genre atau bahasa, tapi kerana olahan cerita luar biasa dari yang biasa.
What do You think about Aku Yang Kau Tinggalkan (2011)?
buku ni mmg best..heroin berdikari,tu yg saya cari.xde la nak tangkap leleh dgn lelaki sgt :)
—taneshiashanae
terbaik!!! dah baca byk kali pun x puas lg...
—feese1986