1) Mula-mula, seperti membaca novel cinta popular yang di"indie"kan. Kemudian, seperti filem hantu terbitan David Teo. Kemudian, seperti filem Harry Potter.2) Watak mati dengan mudah. 3) Mahu selitkan slot agama, tetapi penggunaan "Masya-Allah" pun tak kena tempat. Watak ustaz.4) 18SX. Bukan untuk bacaan anak-anak, terutamanya remaja.5) Caption buku misleading. Bercinta di balik api? Apa kaitannya? Antara buku paling susah nak hadam, macam baca cerita kanak-kanak tapi terlalu berusaha nak menggunakan ayat-ayat kasar walaupun secara realiti hasil penulisan terlalu skema.Macam cerita sinetron, seboleh-bolehnya nak memerah sikap jahat watak tu sehabisnya. Mencuba sangat nak tunjuk orang jenis ni masih wujud dekat dunia. Banyak part yang tak logik, okay fine, ini novel, kelogikan itu bukan perkara teras untuk didebatkan, tapi terlampau banyak benda mengarut yang diketengahkan, serius, macam baca novel didikan untuk sekolah rendah yang mungkin tak lepas pun dalam peringkat saringan disebabkan tak mencapai standard.Bersyukur dah habis baca ;)
What do You think about Babi (Babi, #1) (2013)?
mengisahkan tentang anak harom, pelacur, cinta budak-budak sekolah, jin dan juga syaiton nirojim.
—Annette