Share for friends:

Read Cerita Cinta Ahmad Ammar (2014)

Cerita Cinta Ahmad Ammar (2014)

Online Book

Rating
4.52 of 5 Votes: 2
Your rating
Language
English
Publisher
KARYA BESTARI SDN BHD

Cerita Cinta Ahmad Ammar (2014) - Plot & Excerpts

Seorang ibu yang membesarkan, mendidik akhlak, memberi semangat dan sentiasa mendoakan kejayaan anaknya.Seorang ayah yang meniatkan, merancangkan dan mempersiapkan sang anak ke jalan dakwah.Anak itu menjadi seorang pejuang yang mencorakkan dan MENGINFAQKAN dirinya kepada Allah.Dan syahid.. Katanya "Dunia biarlah berpenat, akhirat tempat aku berehat.."Cerita Cinta Ahmad Ammar bembuahkan cinta dan air mata di hati saya. Ia berada dalam favourite list saya sekarang.. Memang best! Di kala saya rasa down dengan skill parenting saya, saya akan selak buku ni, mencari semangat dari ibubapa Ammar.. Penulisannya sangat simple, hanya penceritaan dari orang2 sekeliling dalam kehidupan Ammar... Setiap orang yang bercerita mempunyai sudut pandang yang berbeza, namun di pengakhiran penceritaan.. Kita akan temui satu kesepakatan iaitu... Ammar seorang yang hebat & luarbiasa di mata setiap orang! Kesantunan beliau pada setiap orang memang sering diungkapkan.. Mungkin itulah yang membuatkan Ammar sentiasa diingati dan dekat dengan setiap orang!Banyak perkara yang harus diteladani dari fenomena Ahmad Ammar ini... Tentang Ammar sendiri, tentang ibubapanya yang berjaya membentuk anak yang luar biasa ini... Benarlah kata-kata ayahanda Ahmad Ammar.. Ia suatu kematian yang menghidupkan! Suatu kematian yang bukan untuk ditangisi, tapi untuk diteladani...Saya juga sangat kagum dengan kaedah yang digunakan ibubapa Ammar dalam pembentukan peribadi Ahmad Ammar.. Di saat orang lain berlumba2 mahukan anak2 menjadi seoarang doktor, engineer, arkitek.. Ayah Ammar sebaliknya, ia mahu Ammar mengkaji sejarah Turki dan menyambung pelajaran di universiti yang tidak diiktiraf oleh negara kita!!Saya juga sangat kagum dengan konsep "mewakafkan diri untuk ummah" yang diterapkan pada Ammar... Subhanallah.. tak terjangkau dek akal saya yang berilmu cetek ini... Sedangkan mewakafkan harta ke jalan Allah itu sudah dilihat berat bagi sesetengah orang.. Inikan pula hendak mewakafkan "diri sendiri" sepenuhnya untuk ummah! Ia cukup terkesan dan menginsafkan saya.. membuatkan saya mula sedar tentang visi dan misi yang jelas dalam membentuk keperibadian anak2... Jangan jadikan dia orang biasa-biasa sahaja, tapi jadikan dia anak yang luar biasa!

What do You think about Cerita Cinta Ahmad Ammar (2014)?

TER BA IK.
—joshuanite

3.5*
—flawless413

.
—Khanye

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books in category History & Biography