Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (2011) - Plot & Excerpts
ketika sekolah, bolasepak menjadi sukan wajib untuk saya ikuti. Sebut sahaja tentang pasukan dan nama pemain, saya boleh bercerita dengan panjang lebar dan penuh semangat kesukanan.Tetapi itu dahulu, sebelum rasuah melanda sukan no 1 Malaysia ini. Sebelum birokrasi dan campur tangan politik yang tidak habis-habis mengganggu, dan kekalahan demi kekalahan memalukan di tangan pasukan yang lemah. Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia patut dibaca oleh orang FAM sekiranya mereka mahu membawa Malaysia ke Piala Dunia. Jika tidak, berusahalah di peringkat kelayakan sahaja dan pulang dengan kata-kata "kami telah berusaha sebaik yang boleh". Lucius telah memberikan saranan yang baik di pada bahagian akhir buku dan terpulanglah kepada pihak istana dan ahli politik untuk menerimanya atau tidak.Fakta di dalam buku ini menarik, tetapi terasa seperti membaca ulasan di akhbar meskipun cuba di masukkan unsur humor. Cuma saya berharap ada lagi buku serupa ini diterbitkan agar mampu menjentik pihak yang terliat agar boleh menaikkan taraf sukan bolasepak ke tahap yang lebih baik. Namun begitu, saya tidak lagi mengikuti perkembangan bolasepak akhir-akhir ini kerana menyampah dengan alasan yang tak sudah. Mahu berjaya perlu belajar dari kegagalan tapi bagaimana jika kamu sudah belajar dari kegagalan namun kekal gagal. Belajar dari kegagalan sesuatu yang baik tapi belajar dari kegagalan dan kegagalan pula bukanlah suatu idea yang baik. Sultan Bola, baik pergi hidupkan kembali Fiesta Media Idola di Kuantan daripada ambil tahu perihal bolasepak tanahair. Kebetulan aku habiskan bacaan buku ini dalam satu perbaringan di rumah orang tua aku di Kuantan.
What do You think about Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (2011)?
Ada cerita di sebalik cerita. Merungkai sebahagian persoalan punca kemeruduman bola sepak Malaysia.
—lily_ngor
Satu kupasan yg logik dan boleh diterima akal... Perubahan yg drastik agak perlu....
—Teresa
Kalau aku ada jawatan dalam FAM, aku bakar buku ni. Haha.
—Lynnea