mungkin bagi sesetengah buku tanpa plot yang jelas, tanpa unsur konflik yang twist jalan cerita menjadikan sesebuah naskah itu hambar dan mendatar. tapi tidak untuk Dendam. aku rasakan jalan cerita novel bukan semata fiksyen tetapi tentang traveog kehidupan. kisah tentang transformasi Khalil Gibran memanusiakan diri. falsafah kehidupan yang dibawa Gibran membuat aku terbawa-bawa sehingga setelah aku menutup pembacaan. "to err is human, to forgive is divine"bagaimana sebenarnya dalam kehidupan setiap apa yang dilakukan akan mendapat pembalasan seperti Khalil yang akhirnya termakan santau sendiri. jadi untuk jalan cerita yang tersangat kurang dialog, sebahagian besar penceritaan namun langsung tak membuatkan naskah ini bosan untuk dihabiskan. memang sesuai untuk bersantai tanpa memikirkan konflik yang berat. aku beri 5 bintang. Aku cuba baca juga buku ini walaupun sudah penat membaca tulisan yang melibatkan Dato', Datuk dan Tan Sri kerana amat penat dan menjengkelkan bila perlu menyebut dalam hati gelaran-gelaran mereka dalam kadar yang kerap.Ciri-ciri sinikal di dalam novel ini jelasnya diinspirasikan daripada peristiwa yang tak asing dan pernah menghuni dada akhbar dan media elektronik selain disertakan dengan karakter Khalil Gibran yang pandai berfalsafah. Siapa sangka buku sinipis ini terkandung hayat cerita yang dirasa agak panjang. Aku turut tertarik dengan pengolahan naratif penulis yang mampu menerbitkan keinsafan.
Satu buku yang lain dari yang lain ..... dari segi penceritaan terbaik ...
—rosetiana
Sekeras-keras batu akhirnya lembut jua.
—Emmy
3/5 stars for Dendam by Affifudin Omar
—jarrod92us
Good book. Interesting plot.
—rachaelmp0828
3'¼ ★
—Aubz