Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2012) - Plot & Excerpts
Dalam banyak-banyak watak yang meninggal, waktu Zarynn meninggal amat terasa sedih. Mungkin kehilangan Zarynn membuatkan Daniel insaf dan mengerti kasih sayang itu penting dan cinta perlu dilafazkan, bukan hanya dipendam di dalam hati. Semua watak mempunyai karakter tersendiri. Kemunculan Makcik Sari, Uwais dan Hannah banyak membantu perkembangan cerita dan menambah rencahnya. Cinta Rayyan dan Wafeen tetap utuh walau diuji. Sedih saat Wafeen terpaksa meninggalkan Rayyan dan membiarkan semua tertanya-tanya akan kehilangannya.Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini, sifat tamak, dendam, iri hati tidak membawa manusia ke mana. Kasih sayang memberi kekuatan kepada manusia. Kemaafan jua dendam yang terindah.'Watak utama' yang sebenarnya mungkin karipap pusing, kerana dari helaian awal hingga ke penghujung cerita itulah makanan yang paling banyak disebut. Mungkin penulis boleh share resipi karipap pusing Nek Jah@Wafeen yang menjadi favourite sepanjang zaman tu. :) Tak sangka novel ni sangat sadis bg saya.. boleh buat meleleh2 air mata.. langsung x sama dengan SUAMI YANG KUBENCI yg agk ceria..hehe..Rasanya ramai org da khatam novel ni..sy je yg lambat disebabkan gerun dgn ketebalannya..haha...akhirnya berjaya juga habiskan.. rupanya mcm2 yg berlaku dlm novel ni..mmg patut pun dgn ketebalannya..Rasanya pertama kali baca bila watak heronya yang berusaha menjadi seorang perampas yang comel..hehe.. Suka tengok gelagat Rayyan yang teruja mkn Karipap Pusing smpai Wafeen gelarkan dia Hantu Karipap.Permulaan cerita yang agak ceria bila Rayyan yang cuba mengurat Wafeen walaupun tahu Wafeen ni kekasih adik tirinya yang dia x suka.. Apa dia peduli..baginya..Danial perlu Rasa macam mana mama Rayyan rasa bila mama si Danial rampas papa dia..Rayyan seorang yang panas baran ye...Siapa boleh tahan kan bila Rayyan yang mengurat..romantikk dengan usikan2 comel..buat kita tergelak..walaupun si Wafeen berusaha untuk setia dengan Danial. Tapi akhirnya Wafeen tetap jodoh Rayyan..Kisah sedih bermula bila Nek Jah nenek Wafeen yang sangat baik dengan Rayyan dan Valqis meninggal selepas selesai majlis kawin Rayyan dan Wafeen. Sedih sangat..Lepas tu satu2 musibah datang....Yang paling best siapa yang rindukan watak dalam SYK. mereka2 ada dlm HCSPH yang menjadi penguat dlm novel ni... suka sangat... Uwais rupanya sepupu Wafeen.. dan susah jugak nak cari novel tebal yang SUPERB!! ;D
What do You think about Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2012)?
Really love this novel . Waffen n rayyan . How rayyan want to seduce her future wife . So cute
—Reanna
So sweet... So romantic... Luv it so much...
—email0087