Share for friends:

Read KAMPUNG GIRL (2000)

KAMPUNG GIRL (2000)

Online Book

Author
Rating
3.94 of 5 Votes: 1
Your rating
Language
English

KAMPUNG GIRL (2000) - Plot & Excerpts

Jalan cerita yang hampir sama dengan kebanyakan novel masa kini. Namun masih menarik minat saya untuk membaca. Tertarik dengan cerita ini ketika menonton (sebenarnya ter...) satu episode drama tersebut di TV3. Jarang saya dapat menghabiskan sebuah novel dalam satu malam sahaja seperti zaman dulu-dulu. Karya pertama penulis, sangat baik pada pandangan saya. Cuma bahasanya kalau mengikut tatabahasa, penggunaan perkataan dan susunan ayat masih boleh diperbaiki. Plot dikembangkan dengan baik walaupun ada sedikit yang terasa seperti tidak kuat ataupun tidak konsisten. Watak Ainnur sangat konsisten, watak yang saya paling suka. Mempunyai personaliti yang baik dan kuat namun saya kira bukan watak stereotype. Watak Ashraf juga pada pandangan saya seperti Ainnur. Cuma perubahan watak Ashraf saya rasa agak mendadak, bagaimana dan mengapa dia berubah tidak digarap dengan elemen yang meyakinkan. Tapi saya sangat suka dengan perubahan watak Ashraf. Daripada seorang yang sombong kepada seorang yang sangat manis. Watak Airina diperkenalkan terlalu lewat, terasa agak rushing memasukkan watak tersebut di pengakhiran cerita walaupun ada sedikit yang telah diceritakan pada pertengahan cerita. Penglibatan watak-watak lain terutamanya keluarga agak kurang selain daripada Puan Mazlin, ibu Ashraf. Watak Adam dan Abah Azmi saya kira agak menarik untuk diberi lebih perhatian/mendalam. Walaubagaimanapun, saya sangat terhibur dengan novel ini. done! Okey kisahnya yang santai,boleh buat i ketawa,dan menghiburkan. Ringan kepala, bolehlah dijadikan bahan bacaan untuk release tension pasal tak berat. Kahwin paksa? Rasanya tak adalah typical kahwin paksa mcm sesetengah novel,asal kahwin paksa aje nak kena tidur bilik lain,sedih2,tidur bawahlah.. Suka usaha Ainnur untuk memikat hati suaminya, Ashraf yang memang kayu, xda perasaan kononnya,jual mahal, nahhh,.,bila si Ainnur merajuk padan muka kau Ashraf!I suka novel ni pasal tak ada scene tangis leleh menayangkan yang perempuan tu lemah gila. Asyik nak kena mengalah aje dengan lelaki. Novel ni dah lama beli,tapi baru terniat hati nak baca. Dah ada drama tapi i tak tengok pun.

What do You think about KAMPUNG GIRL (2000)?

baca novel ni buat aq tergelak dengan watak2 nye n gaya penceritaan yg sgt santai n sedap dibaca.
—jazzy

Cerita yang sangat comel. :)
—Net

suka sangat ..
—eryelanne

best..
—Cass

ok.
—goddess

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books in category History & Biography