Kemi: Cinta Kebebasan Yang Tersesat (2010) - Plot & Excerpts
Alhamdulillah tulisan Dr Adian Husaini yang sungguh menggugah. Saya sendiri tidak menyangka, novel ini meski ringkas namun telah berjaya biiznillah membantah/ memperbetul dialog-dalam-kepala saya. Antara hal yang disentuh ialah tentang pluralisme dan Islam liberal.Antara soalan yang dijawab: "Bagaimana kita mengatakan Allah itu adil kalau orang yang baik seperti Nelson Mandela dan Mother Theresa akan dimasukkan ke neraka jua?"Antara dialog yang saya terkenang: "Subjektif saya itu subjektif ilmiah kerana bersikap adil kepada semua agama." (Kemi) (Lalu dibalas oleh Rahmat)"Itu bukan adil tetapi itu tidak berpendirian."Juga, buku ini mengangkat, seperti review Sasterawan Taufiq Ismail, betapa novel ini berhasil menampilkan wajah pesantren sebagai satu institusi/ lembaga pendidikan yang berkualiti, mencanggahi idea dalam filem Perempuan Berkalung Sorban.Dan, pengakhiran yang membahagiakan (tetapi tidak klise). Sebuah novel yang cuba memurnikan pandangan kita terhadap pesantren yang selama ini dianggap sekadar belajar ilmu agama dan mengenepikan ilmu-ilmu bersifat 'dunia'. Menerusi watak Kiyai Rois yang begitu terbuka terhadap pendidikan pesantren bimbingannya, diikuti Kemi yang terdorong oleh cita-cita belajar di universiti sebelum menamatkan pengajian di pesantren dan Rahmat yang begitu berani dalam menegakkan Islam yang cuba diperkotak-katikkan oleh puak liberal, novel Kemi membawa kita menjelajah dunia pluralisme, liberalisme, multikulturulisme dan kesetaraan gender yang - dengan sengaja - mensasarkan pelajar pesantren untuk menjadi sebahagian dari dunia mereka.Kelicikan puak liberal memasang perangkap rupanya bukan sekadar dengan berhujah dan berdiskusi, diikuti latihan-latihan yang kerap, aktiviti jurnalisme di media dan internet serta kebanjiran duit bagi menghilangkan kesusahan hidup, rupanya mereka terlibat lebih jauh sehingga sanggup membunuh dalam memastikan hasrat menyebar luaska fahaman liberalsme tercapai.Melihat daripada apa yang diperdebatkan oleh Rahmat, ternyata puak liberal ini sekadar memusingkan perkara yang telah dijawab dengan jelas dalam Islam. Mereka mahu mengangkat isu-isu ini dari kacamata pemodenan dan kesetaraan gender sambil kononnya mahu mengeluarkan orang Islam dari pandangan yang jumud dan bersifat budaya.Ternyata selain ilmu yang mantap, kesabaran memainkan peranan penting bagi memastikan hujah yang disampaikan itu tidak dipatahka kerana puak-puak ini akan sentiasa berpusing pada isu yang sama.
What do You think about Kemi: Cinta Kebebasan Yang Tersesat (2010)?
Inilah contohnya. Provokasi dalam tulisan/buku harusnya juga ditentang sama tulisan/buku.
—Misty
Kalau mau mengidentifikasi kebodohan orang liberal bacalah buku ini
—KC12345
buku yang sarat dengan perang pemikiran patut untuk dibaca...
—Jazz