kisah ini akan mengetuk minda masyarakat bahawa pangkat dan darjat itu tidak akan membawa kita ke mana-mana. kegigihan hilmi yang dipaparkan mampu menjadi pendorong kepada anak-anak muda untuk terus berjuang dan mencapai cita-cita mereka sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. pengarang berjaya meletakkan emosi ke dalam minda pembaca dan membawa pembaca untuk berasa teruja, saspens, marah dan sedih. tahniah kepada abdullah hussain kerana berjaya melahirkan sesuatu yang unik dan membawa kelainan. ^^ Baca buku ni sebab ada pengajian Bahasa Melayu untuk SPM tahun 2001 dulu. Nak tak nak kena baca juga sebab nak jawab SPM. Jalan cerita mengenai seorang pemuda miskin bercita-cita tinggi untuk menjadi pemain muzik dang pengubah lagu yang berjaya. Membawakan dia sentiasa berusaha keras sehingga dia dipertemukan dengan seorang guru piano yang bersedia membantu dan mengajarnya. Sepanjang hidupnya itu, beliau melalui saat-saat suka, duka dan penuh cabaran sehingga akhirnya beliau berjaya mengetuai dan mempersembahkan konsert tetapi tidak dapat meneruskannya disebabkan jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Disebabkan itu la tajuk buku ni Konserto Terakhir.
What do You think about Konserto Terakhir (1971)?
novel melayu paling best prnah aku bca, tak bosan lngsung!!
—dude