Buku ini paling banyak dicadangkan rakan untuk dibaca. Promosi di FB juga bukan sedikit. Buku ini terbahagi kepada 4 bab utama. Bab 1 berkaitan makna rezeki. Bab 2 diterangkan cara untuk menjemput rezeki. Bab 3 kisah-kisah benar yang boleh dijadikan contoh. Dan bab terakhir, dikongsikan tentang langkah yang perlu diambil.Jujurnya, bab 1 agak membosankan. Perihal definisi sangat berulang-ulang. Penulis mahu pembaca benar-benar faham dengan maksud rezeki, tetapi 10 tajuk kecil hanya untuk itu agak meleweh. Saya tamatkan bacaan buku ini selepas bab 1. Apatah lagi saya terjumpa 2 ayat yang bagaikan kontra di antara satu sama lain. Ayat di mukasurat 44 "..rezeki tidak tunduk kepada usaha.." dan ayat di mukasurat 50, "...kunci rezeki adalah keaungguhan kerja..". Bagi saya yang kurang bijak ini, itu agak mengelirukan. Mohon pencerahan.Tetapi mengenangkan "promosi" rakan-rakan, saya teruskan bacaan bab 2. Menarik. Enjin mula panas. Dan saya habiskan semua dalam satu hari!Tidak rugi. Sangat elok dibaca. Bab 2 dan bab 4 adalah kegemaran saya. Insyaallah, boleh dijadikan panduan yang mana berkaitan.Insyaallah. An excellent keep for everyone...tips and motivations on how to actually invite 'Rezeki" instead of the usual routines of searching for one. Seriously, true to the words and obviously, no doubt that once we apply it, rezeki Allah is such a surprise. Allahu Rabbi, Give one good deed and he'll replace 10 times...a promise Allah won't break. and Always proven to those who believes...and even who doesn't. Its just a matter of how we realise our "rezeki" comes... A well written book, simple to understand, fascinating indeed. A book that would change a person's perceptions of Life & Blessings.
What do You think about Mudahnya Menjemput Rezeki (2012)?
patut dibaca oleh semua orang. make me understand the whole concept about rezeki.
—casalin