disebabkan tak sanggup tunggu drama habis, maka pergilah cari kat popular. SEcara keseluruhan, menarik tetapi memang membayangkan zul ariffin la dalam buku tu. Zil dan Mel. Plotnya macam biasa-biasa. seorang tak suka, seorang suka, lepas tu bila yang tu dah suka yang tu pula jual mahal. heheheh jangan marah ye. Tapi cara penceritaan yang menarik dan membayangkan scene-scene dalam tv setakat yang dah ditonton. Namun macam biasa, pasti ada sedikit lari dari drama. RINDU AWAK 200% oleh LIYANA ZAHIMFenomena sekarang, terpengaruh dengan label adaptasi di kaca tv membuatkan novel ini potong 'q'. Buku yang telah dibeli lama tapi masih dalam barisan, jadi tatapan awal sebab akan diadaptasi... hi hi hi..Dan secara jujurnya, masa saya menghayati jalan ceritanya memang wajah Zul dan Ayda Jebat yang terbayang dilayar minda saya. Bengong...Jalan cerita nya pada saya teramat biasa. Kisah kahwin paksa menjadi pilihan penulis. Saya rasa semua orang sudah sedia maklum, betapa banyaknya kisah sebegini dipasaran sehingga saya tak dapat mengelak dari membandingkan dengan buku2 kahwin paksa lain yang sudah saya baca.Namun, pada saya RINDU AWAK 200% menang dari segi penceritaan. Penulis bijak dalam membawa kita menyelami watak-watak dan babak demi babak. Bahasa yang santai dan sedikit lucu, memikat hati saya. Sepanjang, pembacaan saya asyik mengaitkan dengan prolog. Mencari hubung kaitnya. Tapi penulis bijak, hanya memuaskan tandatanya saya pada 3/4 pembacaan. Unsur kekeluargaan, persahabatan, nilai diri juga ditonjolkan.Satu bahan bacaan yang tidak merugikan......
What do You think about Rindu Awak 200% (2013)?
Cerita agak meleret. Susunan cerita ok, tapi tiada climax. Good writing skill though.
—LoneReader
cerita biase, kahwin paksa... takde ape-ape yg best pun pasal novel ni...
—Tammy