Ciri buku ini sangatlah Malaysian dan hanya hanya rakyat Malaysia yang akan faham dengan cerita dan satira yang dihidangkan. Kisah gelagat rakyat seharian berjaya diterjemahkan secara santai dan menghiburkan. A very fun book! As described, it tastes everything - sweet, juicy, spicy, tart, or crunchy! Walaupun tampak sarat dengan sarcasm namun masih ringan (or is it just me?) untuk dihadam. Tak banyak benda yang saya boleh ulas tentangnya. Bagi saya ianya tidak lebih dari sekadar himpunan cerita-cerita pendek dan ringan. By pendek, I mean really pendek. Seronok di baca petang-petang lepas penat bekerja sambil makan karipap kentang.Cerita kegemaran? Ini jalan bapak aku lah! Buku pertama dari Amir Muhammad yang Lara pernah baca selain Malaysians Politicians Says The Darndest Thing. Tak mengecewakan. Cuma Lara tak suka ia dalam format nya sekarang ini. Helaian glossy paper yang tak perlu, untuk meningkatkan nilai eksklusif (mungkin?) buku ini, dari segi tema nya yang lain dari yang lain. Tapi rasanya bila bercakap tentang buku kompilasi cerita-cerita pendek sebegini penerbit Malaysia cenderung menerbitkannya dalam bentuk glossy paper dan hard cover. Lara pun tak berapa pasti ada berapa buah cerita pendek tapi paling penting semua nya menghiburkan. Ditulis dalam bentuk bahasa "rojak" sama seperti Tapai oleh Isham Rais tapi jika ditolak perasaan jengkel akan format buku ini, bolehlah dikatakan Amir Muhammad berjaya membawa Lara sebagai pembaca jauh ke lubuk minda dan pemikirannya yang selalu kreatif dan gila gila menerusi cerita-cerita biasa sebagai manusia biasa tetapi diolah dalam gaya yang luar biasa!
What do You think about Rojak: Bite-Sized Stories (2010)?
"after all, change often begins slowly."...a great ending..
—ReaganFletcher
short fiction funny-weird stories. ok-lah!
—Shaheenafzal1952