Lama tak baca novel cemni -- yang mengetengahkan hubungan kekeluargaan. Ayah Jard, pada pandangan aku seakan terlalu menjaga reputasi dia sebagai guru disiplin. Aku benci watak tu. Mak dia, entah, macam tak layak nak dipanggil mak pun ada. Jard rapat dengan abang dia. Ohoi seronoknya la ada abang yang protective cemtu. Tapi hubungan diorang mula renggang lepas satu kejadian ni. And abang dia end up meninggal. K ni sumpah sedih.Jard cuba lari dari rumah. Lari dari masalah. Terjumpa Laila, dan mereka jadi kawan. Aku agak suka part antara dia dan Laila. Agak klise pada pengakhiran bila dapat tahu Laila tu kawan Azzad, juga menghidap kanser. Balik dari Pulau Perhentian, Jard tak langsung balik ke rumah, tapi decide untuk ke Langkawi dan kat sana lah dia jumpa Kak Mas yang berjaya bawak Jard kembali pada Tuhan. Part antara Jard dengan Kak Mas tak banyak diceritakan, tapi membawa perubahan yang besar ke atas diri Jard. Ada yang kata plot agak kurang tersusun. Tapi bagi aku mungkin penulis cuba menerapkan teknik imbas kembali. Mungkin. Dan aku suka penceritaan yang cemtu.Membaca tulisan Amal Hamsan buat aku sedar kami ada persamaan dalam penulisan. Kerap aku jumpa beliau seolah-olah cuba menghadirkan rentak pada akhir perkataan (rhyme). Sama seperti aku. Aku terlambat beli buku ni. Buku ni keluar masa pesta buku yang mana aku tak ingat. Tapi waktu tu tak berkesempatan membeli. Dan semalam, aku berjaya rembat buku ni di Art For Grabs.Tahniah, tahniah, tahniah!Novel Amal Hamsan yang pertama ni mampu buat aku nangis sama macam aku baca Heroin. Cuma mungkin Heroin lebih sedikit padu berbanding ini. Tapi, buku ini masih hebat.Kisah yang diangkat tentang tema kekeluargaan. Tentang ibu ayah, adik dan abang. Dan abang iaitu Jazman, sangat aku kagumi wataknya. Kalau aku punya abang, aku harap abang aku macam dia. Abang yang terlalu cintakan adiknya. Terlalu melindungi. Dan baris kata, "abang ada, selalu ada..." cukup buat aku sebak. Entah. Mungkin sebab aku tak ada abang, jadi yang begini buat aku cepat tersentuh.Jalan hidup Jard sangat sangat rumit. Tapi dia ternyata akur meski seringkali melakukan sesuatu yang tak dirancang demi kepuasan hati. Dan Azzad, lelaki yang tiba-tiba hadir dan terus hidup dalam dunia Jard melengkapkan cerita.Aku suka buku ni.Sangat suka.Aku nak Amal tulis buku macam ni lagi.Pleaseeeeeeee!Apa pun, tahniah! =)
What do You think about Seyogia (2013)?
mintak maaf Awek Chuck Taylor. ranking anda dah jatuh menjunam.
—ambrose
Boleh bagi 6 bintang untuk karya Amal Hamsan ni tak?
—riannanicole