Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik (2012) - Plot & Excerpts
4.5*Ni antara buku tebal terawalyang saya cuba baca, dan bagi saya best.-Cerita ni menarik sebab watak Boboy a.k.a Syed Azwan tu. Pertemuan Boboi dan Nura Alia perlahan-lahan mengubah Boboy menjadi Syed Azwan yang sebenarnya balik.Kerana dendam Nura Alia sanggup menjadi pengasuh untuk lelaki yang autistik ni. Dendamnya pada adik si Boboy iaitu Syed Azmi yang mempermainkan cinta Nura Alia padanya. Nekad betul Alia nak balas dendam hehe.Rupanya dalam misi dia nak balas dendam tu macam-macam pekara terjadi. Ada lucu dengan gelagat tak cukup seringgit si Boboy dan patung Shin Chan tu. Tapi Alia tetap sabar melayani karenah si budak tak cukup seringgit ni huhu.Tapi satu peristiwa di kampung Alia telah mengubah segalanya. Alia dan Boboy terpaksa kahwin. Alia sebenarnya taksetuju sebab Boboy kan budak takcukup seringgit. Tapi bilah ayahnya yang berkeras juga dia terpaksa terima seadanya.Dalam melayari rumah tangga mereka. Sedikit demi sedikit karaktor Syed Azwan mula muncul. Alia pula dah mula was-was betulka suami dia ni budak takcukup seringgit.Bila kebenaran terbongkar akhirnya terjawab semua persoalan kenapa Syed Azwan menjadi Boboy @ budak tak cukup seringgit ni.Nak tahu lebih lanjut boleh daptkan buku ni :)* Dah lama baca buku ni. Baru sekarang nak review sikit hehe. Masa baca buku ni tak kenallagi Goodreads ni.Suka jalan cerita yang penulis gambarkan untuk watak Boboy ni. Geram pun ada haishhh. Cuma bab korea tu ja macam panjang :).Apa pun TAHNIAH buat penulis buku ni untuk buku pertama dia. Sekarang dan masuk buku ke 3 dah. untuk penulis FI / ZI semoga maju jaya dalam bidang penulisan ni. Tertarik dengan novel ini kerana sinopsis orang autistik sebagai watak hero. Banyak adegan-adegan mencuit hati. Bahasa pun tak kelam kabut.Awal-awal sematkan dalam minda sebenarnya Boboi tu normal dan setiap perlakuannya itu dibuat-buat jadi setiap momen dia kenakan Nur Alia dalam separuh bahagian awal akan jadi kelakar kalau difikirkan balik. 'Kayu'/'tunggul' gelaran Alia dengan Boboi.Permulaan cerita agak longgar, Alia seorang graduan menganggur tapi perangai macam budak sekolah menengah. Mulanya terasa dia agak 'murah' kerana dengan mudah menyerahkan cinta pada Syed Azmi yang pastinya penuh janji manis. Kontra dengan penampilannya yang keras kepala dan adanya latarbelakang universiti itu.Selingan jumpa Sin Chan kampung sebelum Alia disuruh kahwin dengan Boboi sangat lawak! Juga pada waktu honeymoon bila Boboi dan Alia masing-masing pendam rasa cinta (konon) dan masing-masing buat jenaka bagi menutup rasa hati mereka. Boboi di awal cerita tiada pendapat sendiri sehingga selepas berkahwin baru watak Boboi ada monolog dalaman dan itu menguatkan lagi emosi cerita.Sebenarnya kita boleh 'handle' setiap masalah kita secara mudah jadi tak perlu nak susah payah menjadikannya rumit, ikut macam seorang autistik. Yang aku suka:1. Adegan merajuk diselang-seli pujuk-memujuk yang tidak normal seperti 'couple' biasa. Tiada momen yang membosankan sebab sentiasa ada masa tersenyum.2. Kekuatan cinta karakter Alia(Kakak)-Syed Azwan(Boboi) dapat dirasa walaupun diorang dilanda masalah.Konfliknya hanya bila semua rahsia terbongkar. 1. Motif sebenar Alia sebelum datang ke rumah itu. 2. Rahsia Boboi yang sebenarnya normal.Kemasan penutup cerita juga tidak tergesa-gesa. ps: ini review lama yang saya olah~ waktu baca cerita ini masa itu, terasa sangat puas hati. Tapi, tak tahu selepas baca kali ke-2 nanti pendapat ini mungkin berubah kot. Memandangkan kalau2 dikira2 rasanya ada beberapa novel lain yang prestasinya lebih baik, tp diberi * rendah.
What do You think about Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik (2012)?
walaupun banyak part sweet hero n heroin tapi pada aku, flow cerita ni agak lambat dan agak bosan.
—MoriartyC1979
just one word I can say : SUPERB! i'm waiting for your next masterpiece writer! ^^
—ujjwal