Aryana jatuh cinta dengan bos beliau, Ilham. Malang sekali apabila Aryana terpaksa melayan karenah makwe- makwe Ilham, si buaya darat. Apa yang Ilham suruh Aryana tak akan bantah. Ayat 'Yes, boss!' seringkali keluar.Bila Aryana tiada di sisi akibat merajuk dengan perbuatan Ilham, barulah terasa kehilangannya. Ilham sanggup ke kampung Aryana untuk memujuk beliau untuk bekerja kembali sebagai setiausaha. Bila Ilham tersedar yang dia perlukan Aryana bukan sahaja sebagai setiausaha, tetapi lebih daripada itu, muncul pula halangan dari tauke ikan keli dari kampung Aryana. Menghiburkan! Aryana dan Ilham. Aryana tidak berkenan dengan sifat Ilham yang casanova. Tapi lama-kelamaan dia mula mengenali sifat Ilham yang bertanggungjawab. Dia mula menaruh harapan, tapi Ilham mula jatuh cinta pada wanita lain. Setelah mengetahui bahawa itu semua adalah rancangan untuk menjatuhkan syarikatnya, Ilham mula menyedari Aryana adalah cinta sejatinya. Tapi mereka mesti melalui dugaan sebelum mereka bersatu.
What do You think about Yes, Boss! (2011)?
Slow gila jln cerita. Nyesal beli.T_T. Tak seperti yang diharapkan.
—Nicoleeeeo
Aryana & IlhamSesuai dijadikan bacaan santai.
—margaretmcmillan