Share for friends:

Read 9 Nyawa (2009)

9 Nyawa (2009)

Online Book

Genre
Rating
3.86 of 5 Votes: 4
Your rating
Language
English
Publisher
Alaf 21 Sendirian Berhad

9 Nyawa (2009) - Plot & Excerpts

cerita ni mengisahkan seorang wanita bernama intan yang dipercayai oleh mamanya mempunyai 9nyawa. pada waktu di mengalami koma dia telah merentasi masa dan mengetahui rahsia yang selama ini tersimpan rapi. dan kisah ini juga melibatkan seorang buta yang mampu mendengar suara manusia2 yang berada di sempadan antara hidup dan mati (koma la senang kata).. dan rupa-rupanya mereka juga punya kisah yang tersembunyi. sebenarnya buku ni best. tapi ntah kenapa pada mula2 lagi aku dah dapat agak jalan cerita nya. so tak berapa nak teruja sgt la. mungkin sebab dah terbiasa dengan jalan cerita RAM kot. Pra-membaca novel ini: Harapan saya agak tinggi, sementelah saya sudah jatuh cinta dengan trilogi bagaikan puteri tulisan RAM. Novel pertama yang saya baca tulisan RAM adalah novel 'Pei Pan' - sehingga saya merasakan seharusnya layak RAM memenangi annugerah Pak Sako ketika ituPlot: Pengisahan Intan Suryani yang sentiasa terselamat dari bahaya/bencana yang menimpa sehingga ibunya, Azizah, berada di dalam kepercayaan yang agak kurafat berkaitan kewujudan 9 nyawa anaknya. Ketika membacanya: 1. Saya membaca buku ini dengan harapan yang agak tinggi, mungkin kerana saya selalu beranggapan novel RAM jarang mengecewakan. Namun, sukar untuk saya katakan ini antara novel RAM yang terbaik.2. Permulaan cerita bermula dengan titik peretembungan Halim, si buta yang terang hatinya dengan Intan Suryani di alam roh. Perjalan cerita kemudian bermula dari imbas kembali dari detik Intan Suryani membesar sehingga bertemu Halim. terus terang saya nyatakan ceritanya agak meleret, malahan saya merasakan plot ceritanya masih boleh diperbaiki lagi3. Terlampau banyak persoalan yang timbul, seperti terlalu banyak kebetulan yang berlaku antara Halim & Intan Suryani. Begitu juga watak Khairil selaku suami Intan Suryani. Saya kira terdapat perbezaan yang nyata di situ, di mana karakter Khairil sebagai suami Intan kerap berubah/bertukar-tukar. Kemusykilan timbul di mana, Khairil dengan mudah memberi maklumat kepada polis walaupun dia digambarkan sebagai seorang yang 'ruthless' dan kejam.4. Watak arwah suami Azizah, Sanusi, boleh dikembangkan lagi kerana saya tidak nampak linkage Sanusi bertindak kasar kepada Azizah dengan ketidakpercayaannya terhadap Intan.5. Azizah yang terlampau mengkongkong? Adakah wujud watak seperti itu di dalam dunia sebenar?6. Watak Dr David yang saya kira seolah-olah watak picisan. Saya kira Dr David tidak diberi 'nyawa' secukupnya di dalam novel ini.7. Watak Syauqi, adik Halim dikembangkan dengan baik. Saya suka dengan watak Shauqi. Kuat dari segi olahan dan wataknya boleh dipercayai.8. Penyelidikan RAM memang 'top'. Itu tidak dapat disangkal lagi. Itu yang saya sukaKesimpulan:Saya kira sesiapa yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk novel RAM, masih boleh menyatakan novel ini agak baik. Bagi saya, RAM berjaya membuktikan dia merupakan novelis thriller terbaik di Malaysia. Malah saya kira sepatutnya ada novel terjemahan RAM ke Bahasa Indonesia/Bahasa Inggeris untuk menambah kelompok peminatnya.

What do You think about 9 Nyawa (2009)?

Mitos atau suatu kepercayaan. Kucing dan 9 nyawa.Mendebarkan.
—ash

sgt best....
—nl12

pelik..
—freya

menarik
—uyenuyen

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books by author Ramlee Awang Murshid

Read books in category Fiction