Untuk buku ini, saya bagi empat bintang bulat-bulat. Takde lebih-lebih heee...Sebelum baca buku ni, saya tanya dengan sahabat rapat, seorang wanita. "Best tak buku ni?"Dia jawab, "Hmm, aku tak suka sangat dengan buku ni berbanding buku-buku yang lain tak termasuk sunan yang baru tu. Tapi Sutera Bidadari memang best!"Saya tanya "Kenapa?"Dia jawab... "Bacalah sendiri..."Bila dah habis baca, saya hanya mampu tersenyum... Ya watak pujaan ramai pembaca-pembaca wanita iaitu Saifuddin digambarkan di dalam ini kurang keupayaan selepas kembali dari zaman masa hadapan selepas bertemu dengan Haryani di dalam Hijab Sang Pencinta yang mana mereka hampir sahaja berkahwin. Sejarah Ashabul Kahfi digambarkan berulang kepada Saifuddin dengan kehendak Allah. Segala kudrat Saifuddin hilang malahan menjadi tahanan (Hamba sahaya) kepada Catalina yang datang ke Melaka untuk pergi ke Hulu Melaka untuk mencari Maryam seperti yang dia temui di dalam mimpinya. Selepas melihat dua urat pada dahi Saifuddin, Catalina yakin itulah yang dimaksudkan oleh Maryam iaitu lelaki bertanduk dua.Ya seperti yang saya perkatakan tadi, hampir suku buku ini Saifuddin menjadi lemah, tambahan pula, Saifuddin banyak dibantu oleh watak-watak seperti Hang Tuah, bangsa Polip, Panglima Awang Bagan dan lain-lain... mungkin itu yang menghilangkan minat sahabat saya dengan buku ini. Hakakaka... Watak pujaan hati tidak menjadi sepenuhnya hero. Tuan penulis ada mengatakan, seperti manusia lain melainkan Rasullullah S.A.W, watak Saifuddin ini juga punyai kelemahan sebagai insan di dunia... Tapi bagi saya, buku ini juga boleh tahan... Aksi-aksi dan perang yang terjadi sangat mengujakan... Oh ya watak Catalina memang menarik perhatian dan saya suka... *kelip-kelip mata...Tapi buku keempat ni tidak sepower tiga buku pertama trilogi Bagaikan Puteri... Tapi masih mampu membuatkan saya tersenyum lebar... :)Peace... Kisah lanjutan Sunan kali ni kembali semula ke zaman kurun 15..dgn tepatnya di waktu Portugis menakluk Melaka...Penggembaraan kali ni byk berkisah di Melaka di mana Lagenda Hang Tuah juga telah muncul di buku ini...Karya kali ini byk aksi pergaduhan antara kebaikan dan kejahatan di melaka sajer...tp karya yg ini kurang mengancam dan kurang umphh jika dibandingkan dengan kisah Sunan sebelum2 ini..anyway, its was a great book to complete the Laksamana Sunan adventures...
What do You think about Cinta Sufi (2010)?
dah lame baca novel ni,tp xhabis2...smbung blaja,tggl novel ni kt umah...hope cepat dpt habiskn....
—amb
Pengembaraan yang seronok. Membacanya seakan berada pada zaman kesultanan Melaka. =D
—Jami
Malay books can be very refreshing....kudos to ramlee awang murshid..
—zaika05