Sebuah kisah membawa saya ke 'dunia' yang berbeza. Dunia yg sudah bertahun2 dilupakan. Sepanjang bacaan, sekali sekala memori ketika darjah 6 bermain difikiran. Perbezaan kisah hidup saya dan Izaq (watak) dia hidup di zaman serba moden, tinggal di bandar, cabaran menjadi kanak-kanak lebih mencabar. Watak utama mempamerkan sikap yang positif, sekali sekala sendiri rasa tersindir dengan kematangan Izaq...hehehe. Kita dibawa menyelami watak2 dalam kisah ini, kadang kala timbul rasa geram, sedih, kesian... tapi semuanya watak mempunyai ending yg baik. Cuma ada beberapa pertanyaan belum terjawab, Overall, puas hati. So lepas ni kena cari AWAN pulak. pada permulaan cerita semangat jugak nak membaca sebab ada unsur mistik dan aku beli buku ni pun sebab aku teruja dengan benda mistik tu. tapi tengah tengah pembacaan flow dia agak perlahan pengenalan tentang watak watak satu persatu sepanjang jalan cerita mungkin kelainan yang cuba disampaikan penulis tetapi pengulangan adegan agak bosan pada aku. walaubagaimanapun penulis bijak kerana disetiap pengulangan ada penjelasan tentang ketidakjelasan peristiwa sebelumnya. wujud keterujaan kat situ. tapi masih perlahan. dan tentang nadhirah yang tersenyum dan tak bersuara itu tak perlu tunggu akhir cerita untuk tahu sebabnya. melepasi bahagian pertengahan aku jumpa tempo pembacaan semula iaitu apabila banyak berkisarkan tentang mistik yang menjadi sasaran utama kenapa aku piih untuk beli dan baca buku ini. dan ya aku setuju izaq tu ajaib. untuk budak berumur 12 tahun dia memang ajaib. walaupun keseraman buku ini tidak seseram cerita villa nabila atau highland tower (hahaha) tapi aku respect penulis atas usaha dia mengolah jalan cerita dengan mewujudkan tanda tanya pada satu watak dan menjawabnya melalui watak yang lain. penulisan buat kali pertama? boleh dibanggakan. semoga terus menulis! untuk mengisi masa terluang tak rugi memilih buku ini kerana dia tak mewujudkan tanda tanya yang kompleks dan lebih santai. tahniah. =)
What do You think about AJAIB (2013)?
Ehem!!sume nye asik comment yg ta baek..so nak beli pown terqgak2
—Abbey
seperti menonton slot Bananana TV9.oh ya. ada hantu.
—kitty