Satu lagi penduduk kota kotor Kuala Lumpur, Mushid Merican seorang pembantu arsitektur kepada Timmy. Politik, agama, kaum menjadi intipati novel ini, dan seperti yang diketahui oleh kebanyakan novel Ridhwan Saidi terselit unsur-unsur persetubuhan bebas. Penulisan 'psidelik' membuatkan minda ditenggelami setiap kata dan perkataan yg dicoretkan lantas setiap muka surat seperti tiada batasan untuk menyelak dengan lebih lanjut tanpa rasa mahu berhenti. School of thoughts setiap lapisan masyarakat berbeza, itulah cacamarba budaya kehidupan kiasu masyarakat kini. Unsur politik provokatif yang hangat dan cliche. Namun, yang menarik perhatian, ialah fakta-fakta/teori fizik dan arsiktektur yang membuka minda. Turun tangan for Amerika! buku ini sebenarnya sgt dekat denganku kerna kami dari daerah arkitektur yg sama..banyak pendapat murshid@ridhwan saidi yang aku padu bersetuju terutama persoalan arkitektur dan nilai kemanusian dan perasaan yang sering/selalu 'pengiat arkitektur' terlepas pandang dan persoalan arkitektur yang bertuhankan kapitalisme sehingga menjadikan nilai sebuah pembangunan itu sgt lemah dan nihil. tapi antara aku dan ridhwan mungkin ada diffrent of thought/sudut pandang yang berbeza dlm setengah2 pendapat. tapi aku tetap meraikan pendapat hebatnya kerna setiap org punya hak untuk itu.mulanya aku mau memberi empat bintang untuk karya ini tapi ridhwan terlalu menyuntik elemen seksual yang beradun dengan jiwa sekularis, aku terpaksa menolak satu bintang kerna bagiku elemen sebegitu(jika ada sekalipun) tak usahlah diperincikan dan dipanjangkan. Ia mendatangkan ketidakselesaan aku ketika membaca.tapi karya ini tetap hebat.:)
What do You think about Amerika (2011)?
Amboi la cerita ni... banyak romen.Ada bab pasal lipas besar. Saya tak suka lipas.
—katietk421
Another mindfck masterpiece by Ridhwan Saidi .Broccoli soup i like it~yumyum
—Jess
Ianya bacaan yang seronok, seperti kata rating
—Iggi