Share for friends:

Read Cinta Kau Dan Aku (2009)

Cinta Kau dan Aku (2009)

Online Book

Author
Rating
3.83 of 5 Votes: 3
Your rating
Language
English
Publisher
Buku Prima Sdn Bhd

Cinta Kau Dan Aku (2009) - Plot & Excerpts

Sungguh mengasikkan! Nur Farisha Iman (Risha) dan Farish Hakimi (Rishy) bertemu dengan cara tak sengaja bila Risha ingin interview sebagai pemandu kereta. Bila maknya memaksa dia untuk berkahwin dengan Rishy, dia merancang untuk mengelak dengan berkahwin dengan kawan baiknya Zack Kapcai. Tapi rencana itu ditukar oleh mak dan Rishy. Alam perkahwinan yang mulanya bahagia, digugat dengan kehadiran adik Rishy serta bekas tunangnya, Suraya. Mereka mencuba berbagai helah untuk meruntuhkan kebahagiaan mereka. Akhirnya, Rishy kalah dengan dugaan lalu menceraikan Risha. Dalam pada itu juga, dia kehilangan anak sulung mereka. Pertemuan demi pertemuan hanya membawa mereka lebih jauh kerena mulut dan ego masing-masing. Risha menyambung pelajaran di UM dan disitu dia berjumpa dengan Cikgu Zulhairmi yang pernah melamarnya semasa dia masih menunggu keputusan SPMnya. Kasih dan cinta Cikgu Zul mula mula mengubati hati Risha yang telah hancur oleh perbuatan dan kata-kata Rishy. Bila mengetahui Cikgu Zul tidak dapat hidup lama, Risha bersedia untuk menjadi isteri Cikgu Zul walaupun dia tahu bahawa mungkin mereka tidak akan meraih kebahagian untuk masa yang lama. Rishy akur bahawa hati Risha sudah tidak ada lagi untuknya, tapi takdir telah menyatukan mereka kembali. Bila Cikgu Zul diambang maut, dia mengamanatkan supaya Rishy menikah dengan Risha. Rishy amat bersyukur dan berjanji untuk tidak melukakan hati Risha lagi tapi tidak masih tidak dapat memaafkan adiknya, Farah kerana dia adalah dalang yang memisahkan mereka. Bila hati telah meluahkan apa yang terpendam, akhirnya mereka berdua dapat memaafkan diri masing-masing. Bila Farah menyelamatkan Risha dari kemalangan, mereka mula berbaik semula. Rishy akhirnya dapat memaafkan adiknya.Agak menyayatkan hati juga bila membaca adegan bila Rishy marahkan Risha bila dia balik dari makan malam bersam Milah. Juga bila Rishy nampak Risha dan Zack tidur sebilik dan juga bila mereka di KLIA semasa Rishy ingin meninggalkan Malaysia untuk tinggal di UK. Penulis dapat menggambarkan adegan-adegan itu dengan cemerlangnya. Tergugat juga hati ini... Tapi message yang nak disampaikan sangat terang. Terima kasih... "Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung je. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke? Nak jadi driver," marah Mak Timah."Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenrnya sudah mula menyukai awak, adakan awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius."Sayang, dari hati yang tulus abang nak bagitahu sayang yang abang bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

What do You think about Cinta Kau Dan Aku (2009)?

Rasa macam x mau baca dah kot. Sebab dah ada versi drama.
—Rikkit

S.R-Never dissappoint me...2 thumbs up!!
—History

best sgt..
—morgan

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books by author Siti Rosmizah

Read books in category History & Biography