novel ini menarik dan babak sedihnya memang meruntun hati tp banyak sangat part dalam ni meleret-leret hingga buat saya bosan. and this novel just like typical malay novel yg kahwin paksa/ khwin sbb kna tangkap khalwat. watak heroin ni sblum kahwin mmg dia agak berani berdepan gn syed azril(hero). tp slps kahwin watak dia mmg lemah sgt smpi buat sy menyampah. jenis typical heroin dlm novel melayu which i hate very much. i like her friend better. Tidak hairanlah jika novel nukilan Siti Rosmizah ini berjaya mendapat tempat di hati para gadis dan wanita. Mungkin jalan cerita yang dramatik, ataupun tragis dan menyayat hati, ataupun sangat romantik sehinggakan boleh 'diserang' kencing manis (?). Semestinya novel sebegini bukanlah genre saya, dan itulah punca saya meletakkannya di tahap 1-bintang. Dek kerana propaganda sahabat-sahabat terdekat mengenai novel ini, akhirnya saya terbuka hati untuk membaca novel ini.Boleh jadi saja kisah hidup Aleya ini benar-benar wujud di luar sana. Namun saya sebenarnya tercari-cari dan sedikit bingung saat membaca novel ini. Ada sahabat saya yang beria-ia memberitahu saya, dia menangis dan malu-malu kucing ketika membaca novel ini. Benarkah? Sehinggakan saya mempersoalkan diri saya, adakah saya ini berhati kering? :D
What do You think about Andai Itu Takdirnya (2008)?
AIT, novel yg tak henti2 mengalirkan airmata saya... jalan cerita yang penuh dgn emosi.. Besttttt...
—Jes