Tahniah pada Nasz kerana berjaya menghasilkan satu karya yang membuatkan aku membenci hampir ke semua watak yang ada dalam cerita ni. Kerana apa?Mama anaz, Lily, Ain, Kila memang watak-watak yang patut di kutuk sebab tindakan-tindakan mereka yang tidak masuk akal. Perangai serupa tak ada otak. Tak ada hati perut punya manusia. Itu semua yang baca mesti setuju. Then ada ayah Anaz dan Nueq yang tak banyak diketengahkan wataknya. Sebab aku benci adalah kerana ayah Anaz yang dayus. Dayus kerana tunduk pada isterinya pada perkara-perkara yang tak sepatutnya. Dibiar aje Anaz macam tu. Nueq pula gayanya macam tak tau je Anaz dah macam balaci kat dalam rumah tu. Tapi itulah, dua watak ni tak banyak impaknya kecuali untuk keruhkan keadaan bagi Anaz dengan kematian mereka.Odie yang mulanya konon sahabat dunia akhirat Anaz boleh pula dikaburi matanya. Jampi apa Ain pakai sampai terus tak nampak syaitan yang menyelubungi Ain tu? Inilah dia buktinya, perempuan itu merbahaya. Fitnah di dunia.Shark “The Prince Charming” pula hadir seikhlas hati nak menyelamatkan si Anaz ni. Nampak macam tak ada sebab nak benci dia kan? Tapi sikap dia yang stay low, penuh kesabaran dan kadang-kadang macam ambil mudah tu menyebabkan bibit-bibit benci muncul. Boleh pula dia biar je Ain pegang-pegang tangan dia depan Anaz. Apa ke halnya? Nak bagi cemburu ke? *sighsWatak utama, Anaz. Kenapa dia pun aku benci? Simple je, zalimi diri sendiri. Tapi itu cuma hadir masa nak ending cerita je. Selepas dapat tahu status sebenar diri dia, Anaz jadi macam tak keruan, hilang semangat nak hidup. Sampaikan minta cerai dengan Shark. WTH? Tahulah depressed tapi bersyukurlah masih ada yang sayang. Yang sampai macam tu sekali kenapa? Zalim betul dengan diri sendiri.Tapi itu semua hanyalah my point of view. Benci yang hadir tu pun semasa baca novel je. Tak lebih dari itu. Ending yang macam di percepatkan pula macam merencatkan sedikit mood bacaan. Sepertinya penulis sudah tak sabar nak habiskan penulisannya.At the end of the day, totally worth it. I would recommend any of reader out there to get your copy. Cerita/Penulisan yang penuh dengan feel dan emotion. Buktinya, aku sampai campak novel ni beberapa kali sebab sakit hati. Good job Nasz. Lazuardi bagi saya lebih menarik dari sweet sour (nak jugak compare dengan SS kan). Kali ni watak utama dia budak baik (Joe jambul tu jahat tak hengat la dalam fikiran saya) jadi lebih mudah untuk rasa suka pada watak utama. Saya skeptikal masa mula-mula baca novel ni, kisah macam klise je kan yelah cerita ala-ala cinderella jadi semua orang dah boleh agak la jalan cerita dia. Pulak tu hero dia mudah belia, lagi la skeptikal kan tapi Nasz pandai mengolah watak Shark ni buat kita rasa ok je walaupun dia tu sebenarnya budak lagi.Kemudian ada watak Odie kawan baik Anaz dari kecik yang memahami dan kamceng giler dengan Anaz. Selalu jadik peneman bicara Anaz yang selalu kena buli dengan adik diaorang si bunga tahi ayam Lily tu. Kalau la Lily tu adik haku dah lama kena pijak-pijak je, melampau sangat gediknya. Tapi Odie berubah bila watak Ain muncul, saya tak faham macam mana dia yang nampak macam normal dalam cerita ni boleh pulak jadik tak berapa betul lepas couple dengan Ain. Hampeh je Odie ni, dah la nama kita lebih kurang.Kalau SS saya rasa macam tengok cerita korea, dalam Lazuardi ni rasa macam menonton sinetron indonesia je bila munculnya watak Ain tu. Banyak muslihat Ain yang saya tak boleh nak hadam. Skru minah ni memang longgar la, jahat kemain. Kalau setakat nak kat Odie tu tak pe lagi ni ada hati nak kat Shark jugak (motif marah macam Shark tu laki dia je...saya tolong marah on behalf Anaz, muahahaha).Ramai orang cakap Anaz ni baik sangat tapi saya rasa dia normal je. Yela dah kalau semua orang layan dia macam tu dari kecik lama-lama dah biasa la. Yang dia tak marah pun mama dia je, teruk-teruk mama dia pun tu masih mak dia jadi logik la dia tahan je demi mak dia. Part Ain tu betul la, kalau saya pun jadi malas nak layan. Kalau Anaz cakap apa pun bukan diaorang nak percaya. Tapi tak suka sebab dia berahsia dengan Shark tak nak bagitau masalah kat Shark (saya ni macam pro Shark je ek). Dah la Shark tak pernah pun tinggalkan dia lepas tu fikir yang bukan-bukan. Part lain dia berfikiran rasional tapi part dengan Shark dia tak pulak. Haihhh nasib baik la Shark tu sayang giler kat dia, buat la apa pun tak apa.Shark punya character, walaupun muda tapi kita tak rasa pun yang diaorang ni beza 4 tahun. Mula-mula tu rasa la jugak Shark ni budak sangat (awal cerita tu dia tengah amik SPM kot) tapi lama-lama kita boleh terima watak dia. Sayang bebeno Shark kat Anaz ni, sanggup buat apa saja. Tapi bagus juga sekali sekala ada hero macam ni, kalau tak hero asyik sengal je.Uitss panjang berjela review ek. Overall cerita ni best untuk dibaca. Ada la dua tiga part tak logik yang susah nak digest tapi saya ignore je sebab cerita ni sangat comel..hahaha. Saya memang suka gaya penceritaan Nasz sebab santai dan tak pelik ayat dia, tu yang laju je habiskan buku tak sampai sehari pun saya baca novel ni.