Share for friends:

Read One Day You'll Be Mine (2013)

One Day You'll Be Mine (2013)

Online Book

Author
Rating
3.86 of 5 Votes: 4
Your rating
Language
English
Publisher
Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

One Day You'll Be Mine (2013) - Plot & Excerpts

Yg disukai:- Plot cerita yang menarik, ada twist sana sini..yummy- Ada terselit unsur kekeluargaan- Lari dari tema klise anak org kaya, golongan atasan etcYg tidak disukai:- Penggunaan dialog perbualan yg saya rasa seperti diterjemahkan dari bahasa english ke melayu, ganggu mood pembacaan kat situ rasa mcm adeh.....mungkin kalau dialog tu penulis guna bahasa biasa yg kita guna dlm perbualan harian lagi better rasanya ( personal opinion saje)- Terlalu byk monolog dalaman watak Fitri, kalau dipendekkan maybe lagi bagus....Buku yg masih boleh dibaca.... Masa mula-mula membaca, suara dalam kepala asyik duk ulang, "Kenapa One Day You'll Be Mine? Kenapa tidak Satu Hari Nanti Awak Pasti Jadi Milik Saya?" Ya, memang mengada. Semuanya kerana novel Melayu tetapi tajuknya tidak Melayu. Tapi mengenangkan jangan dinilai sesuatu itu daripada luarannya, maka suara dalam kepala terus disuruh diam.Mungkin kerana terlalu fokus pada apa yang dirasa, apa yang dialami dan apa yang dilalui oleh watak Anith Fitriah, makanya ceritanya agak panjang dan bagi saya agak meleret. Mungkin. Tapi terasa sangat sayang kalau tak habiskan pembacaan kalau dah mula. Lagi sayang kalau tak tahu apa pengakhiran kisah si gadis dan sang teruna.Kisah Anith Fitriah dan Dzul Ehsan bukan macam kisah Cinderella lepas bertemu dengan puteranya, manis sentiasa. Kisah mereka ada masam, masin, pahit, tapi sentiasa bersulamkan manis. Manisnya perlu dicari. Walau ayat masing-masing sentiasa nak kasar, tapi itu cara mereka menyebarkan rasa manis. Sangat tersirat dan ya, manis.Bagi saya buku ini agak perlahan penceritaannya. Terlalu banyak bermain dengan emosi watak Anith Fitriah, tapi saya tak kata membosankan. Cuma mungkin terlalu panjang di sesetengah bahagian dalam cerita. Tapi buku ni worth it untuk dibaca. Bahasanya cantik tersusun. Ayatnya sinikal, tapi lembut pada tempatnya. Mengena bila perlu, juga manis cukup rasa. Betul. Suka saya pada satu-satu buku bukan disukat semata-mata pada jalan ceritanya. Asalkan penulisannya cantik mengena jiwa, pasti gigih saya habiskan. Dan ya, untuk buku seterusnya daripada penulis ini harus dibeli. Harus."Kerana di sebalik kebodohan kau tu, wujud seorang yang cukup setia mencintai, berterusan mempertahankan kasihnya. Sesuatu yang aku tak pernah dapat. Kedengaran bodoh, kan?" Ini. "Fitri, aku mungkin tak romantik, tak baik hati, tak kaya, tak ada kereta hebat, tak kacak, tetapi.. aku kan ada kat sini. Kenapa perlu cari yang lain?" Dan ini. Cukup untuk buat saya jatuh hati.Untuk cerita ini, saya bagi 3 untuk jalan cerita dan 5 untuk cara penulisan. Makanya, puratanya 4 lah ye (:

What do You think about One Day You'll Be Mine (2013)?

tamat sudah. Best gila cita ni. Patot la best seller :) Dzul Ehsan + Anith Fitriah
—Jenya

Best dan tak klise. Ada unsur saspen dan thriller, good job writer!
—jiyu

Buku ni tebal. Tapi enjoy bila baca. :) Aku suka watak Ehsan.
—courtney

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books in category Picture Books