inilah buku pertama Faisal Tehrani yang aku habiskan baca. mungkin tidak adil aku terus mengatakan bahwa aku sudah meresap dalam penulisannya. ini bukan konsep cinta pandang pertama, ini konsep pemahaman dan iktibar.Perempuan Nan Bercinta begitu aku kecapi dalam dingin dan rasa membeku. kalau saja aku tidak fikir yang aku sudah melakukan pengorbanan prinsiptual emosional, pasti aku sisipkan bersama buku-buku aku yang lain di rak. tunggu aku tua dan mau libur lalu aku buka kembali. setan lu, Ophan.. haha!buku ini begitu banyak fakta, sedikit cabang-cabang filsafat, dan banyaknya jenis wawancara atau bual bicara. dialog-dialognya meransang, membuat aku membaca sepatah demi sepatah untuk lebih faham dan terasuk. penulis seolah-olah cuba influensikan minda dan sejarah pemikiran pembaca dengan kejelasan penyataan dan penyataan yang saat itu juga kita berusaha untuk lebih tahu dengan membuka situs wikipedia. apa benar? tidak, tetap kau akan temui percanggahan. dan percanggahan itu segera kau jawab dengan meneruskan pembacaan. lalu kau temui, namun akhirnya kau keliru kembali. apa sudah jadi? buku ini provokasi atau fiksi keagamaan, fahaman atau pembetulan fakta? kau kembali lagi meneroka dan meyemakkan kotakfikir kau dengan mencari fakta di tempat lain. kau temui. pelik, sekian banyak yang kau temui, masih ada kekeliruan. kau kembali pada buku ini, kali ini kau tidak temui jawaban, dukacita kau lebih banyak bermenung dan hilang arah semula. kompas waktu membawa kau membaca lagi, pada part2 tertentu kau seolah menemui jawaban. alangkah, ianya hanya persoalan kepada jawaban.ketuhanan adalah kepercayaan. buku ini aku rumuskan sebagai satu cabaran kepada kita untuk berdiri teguh pada soal kepercayaan kita. kepercayaan mencambah keimanan. keimanan memperkasakan ketuhanan.tapi sayangnya aku sendiri yang sampai saat ini, selesai menghabiskan pembacaan (aku tidak lihat di sini buku ini berakhir dengan tidak baik sekali, malah sangat membentur fikiranku untuk mengerti), masih takut.aku masih takut. takut aku akan bertanya selepas itu, " aku yang mana satu?" Ia menggunakan plot yang mudah tetapi sarat dengan pelbagai isu dari feminisme, Islam liberal, supramazhab, syiah dan sunni, perjuangan Hezbollah di Lubnan menentang Zionisme, haji mabrur dan kebejatan pihak berkuasa Mekah dalam mengurus jemaah haji, dan juga banyak berlingkar tentang ahlul bait dan peristiwa Karbala. Tidak lupa juga pada 4 persoalan Bastian yang menjadi penghalang untuk dia terus memeluk Islam.Bak kata Dr Ali Taqi, nama watak yang sama dalam Tuhan Manusia, "Tidak, saya tidak menulis untuk ditujukan kepada tuan-tuan. Saya mengarang untuk masa hadapan. Saya anggap sebahagian besar pembaca kajian saya hari ini, di luar sana, ibarat raja yang suka bertepuk tangan dan mengangguk. Khalayak lain yang akan menilai saya. Khalayak mendatang akan bertepuk tangan, mengangguk dan betul-betul mengerti kerana mencapai inti." Ayat ini mengumpamakan tujuan penulis di dalam penulisannya, di mana novel wacana ini sedang hangat diperkatakan untuk menjadi daging korban dalam book holocaust. Tidak patut buku ini menjadi daging korban, ia sarat dengan kognitif untuk difikir-fikir oleh pembaca itu sendiri, tidaklah ia menghasut pembacanya "untuk terpesong akidah" malahan ia banyak merungkai sisi yang saya sendiri sangat kurang ilmunya (walaupun novel ini didaktik dan agak membosankan memandangkan ia sebuah novel wacana). Bak kata kawan saya (yang saya pinjam buku ini), Faisal Tehrani menyampaikan ideanya serta membentangkan hujahnya ke dalam fiksyen, kenapa para pembenci FT atau pembela ahli sunnah wal jamaah tidak menghasilkan fiksyen menentang ideanya? Kalau sentiasa disekat-sekat penerbitan buku sebegini, sampai bila kita dilambakkan dengan fiksyen islamis picisan?Mungkin untuk kawan saya, muka suratnya tidak cukup dan dia masih haus untuk menelaah, tapi untuk saya masih baru berjinak dengan penulisan deskriptif yang sarat kognitif dari Faisal Tehrani, saiko juga tengok buku tebal ini di tepi katil untuk saya habiskan. Phew.Terima kasih pada kawan saya, terutamanya.
What do You think about Perempuan Nan Bercinta (2012)?
Supramazhab. Buku ini tidak sesuai untuk homosektual kerana pasti mereka akan 'Naik Sheikh'
—mikeloft
Saya ini orang tiada tahu. Pencerahan kreatif yang sangat disambut. Terima kasih Allah.
—89blessings