Sebongkah Batu Di Kuala Berang (2000) - Plot & Excerpts
This book portrays good plot regarding the 'Islam tsaqafi' and how it has made Tanah Melayu people changed its belief to The Greatest and The only One, ALLAH. Nowadays, many have forgot or not even don't want to know how exactly Islam reach Tanah Melayu or called Malaysia today. So, this book generally tells you that we need to aware that sometimes 'dakwah' it's not about 'NO' and 'YES' or 'HARAM' and 'HALAL', but its about how you can attract them in the way they like. A MUST-READ Book!! :) Mungkin saat kita menamatkan pembacaan novel ini, kita bakal merasakan kisah ini tergantung, kisah ini tunggang langgang dan tidak memuaskan langsung nafsu yang membuak-buak inginkan sebuah penceritaan yang lengkap, ada klimaks dan sebagainya. Tetapi sebagaimana idea yang diangkatnya, begitulah jalan cerita novel ini. Menyampaikan a slice of history dalam bentuk novel dokumentari, yang penuh dengan wacana-wacana ilmu yang padat dan mengujakan. Saya mahu memetik tulisan penulis sendiri di dalam karyanya yang lain, Perempuan Nan Bercinta, di mana novel Sebongkah Batu di Kuala Berang ini ibarat satu denai kecil yang membawa ke lebuh raya yang lebih besar dan semacam tiada penghujung. Namun begitu, saya berpendapat masih ada yang boleh dirungkaikan, yang dikupas satu demi satu yang tidak dilakukan oleh penulis. Tidak tahulah saya andai penulis sememangnya mahu tamatan begitu mengikut kehendaknya sendiri ataupun mengikut kehendak penerbit yakni PTS? Atau penulis mahu pembaca sendiri yang sudah terbuka mindanya, yang sudah menjadi cakna, mengambil inisiatif sendiri untuk lebih mengkaji serta memahami? Wallahualam.
What do You think about Sebongkah Batu Di Kuala Berang (2000)?
pengakhiran yang tidak disangka-sangka.mesej yang padat.
—aubree
Falsafah dakwah menerusi seni yang enak diuliti
—reynalingrace