Review Rindu Kamu Mr Darcy by Syamnuriezmil CribHayfa Idhar seorang Interior Designer dan Tengku Farish Darwisy seorang pereka software ala-ala Bill Gates. Faris seorang billionaire bukan millionaire ok. Pertemuan mereka berlaku di rumah Hayfa ketika Erwan rakan Faris merisik kakak sulung Hayfa. Sebelum Erwan bersetuju, dia meminta pendapat Faris. Ada sesuatu yang telah diucapkan oleh Faris menyebabkan Hayfa sakit hati dan geram kerana memberi impak kepada hubungan Erwan dan Ayongnya. Apakah itu? Anda kena baca.Rupa-rupanya, Hayfa bertembung lagi dengan Faris di tempat kerjanya kerana Faris membantu syarikat Hayfa dalam membuat satu aplikasi software untuk memudahkan kerja seorang ID. Faris meminta Hayfa menjadi pembantunya. Pelbagai perkara yang mencuitkan berlaku dan boleh menyebabkan pembaca tergelak sendiri. Tiba-tiba muncul Haziz Mukhlis. Siapakah dia? Anda kena korek sendiri.Hazizi Mukhlis telah menyebabkan konflik antara Hayfa, Faris dan keluarga Hayfa sendiri. Apa yang terjadi? Mengapa Hazizi ke Singapura dan bagaimana dia boleh ke Melbourne? Siapakah Anty Fraidah dan Rania? Bagaimana hubungan Farah Darwisy dan Benjamin? Siapakah antara Hayfa Idhar dan Tengku Faris Darwisy iaitu Fatin?Semuanya persoalan tersebut akan terjawab dalam Rindu Kamu Mr Darcy keluaran Penulisan2u. aku kembali semula terjebak dengan novel cinta setelah sekian lama baca buku indie. ataupun aku baca kerana hati sedang berbunga-bunga? haha.karya syamnuriezmil memang tidak mengecewakan. dari cerpen hinggalah ke novel. membaca karya beliau membuatkan aku meneruskan pembacaan hingga ke awal pagi. dan berbaloi. aku suka part hero yang seakan-akan boleh membaca fikiran si heroin. ok tu jer. review lebih-lebih kang takut spoiler pulak. hehe.
What do You think about Rindu Kamu Mr. Darcy (2013)?
i enjoyed reading it. nice and simple story with a smooth plot
—mavrec2