Kisah tentang Sumayyah dan perjalanan getir yang dihadapi dalam hidup. Jalan cerita yang agak perlahan dan berkisarkan tentang hal ehwal masyarakat setempat. Terdapat banyak babak-babak sedih tetapi tidak berjaya membuatkan aku mengalirkan air mata. Kisah di Jordan sangat menarik. Naufal, Muazam, Afnan dan Lukman. Siapakah pilihan hati Sumayyah? Memang betul banyak hikmah yang kita tidak nampak dalam sesuatu musibah dan dugaan yang diturunkan. Best buku ni...the National Best Seller...Salju Sakinah ~ ZAID AKHTAR...novel ni pernah disiarkan dlm ruangan Utusan Malaysia thn 2005, dan dibukukan thn 2008, saya baca buku ni thn 2009..Best...penulis Malaysia yg berbakat..Buku ni mengisahkan seorng gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, disapa ujian yang pelbagai setelah tamat pengajian. Kisah cintanya sedihnya, masyarakat sekeliling yg mengumpat krn lambat berkahwin, Sumayyah terpaksa menjaga syarikat ayah setelah ayahnya meninggal dunia sedangkan dia lulusan agama. Dia juga tidak lepas dengan ujian diri dan keluarga, bermula dari kesihatan ibunya yang tidak menentu, masalah rumahtangga kakaknya dgn ajaran sesat. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan: Bahawa nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama serikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek dugaan. Maka Sumayyah bertahan, sehingga dia menggapai kebahagiaan.Dikala sedih dukanya dia membaca La-Tahzan(jgn Sedih)...bila baca buku ni, terus minat nk baca La-Tahzan." Musim bunga terakhir KEKECEWAAN dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar.'' Sejak petang tadi, kalimat itu bersipongang berulang kali di dalam dirinya. Dia meniupkan kata-kata yang entah dikutipnya daripada siapa setiap kali rasa duka cuba mengurung dirinya. Sumayyah melangkah meninggalkan Bait Raudhah yang terletak di belakang bangunan yang didiami kebanyakan pelajar Pattani. Jam sudah hampir pukul 9.30 malam. Derapnya tambah deras. Harapnya coaster ke Dawwar Jami'ah masih ada pada waktu begini. + Mai, kumbang bukan cuma seekor. - Ya. Tetapi bunga juga tidak semuanya didatangi kumbang. + Lelaki ada yang pergi dan akan ada yang datang mengganti. Masakan hanya kerana lelaki, kau mahu menumpahkan air mata berharga? - Tetapi dia lelaki terbaik yang pernah datang menghamparkan mimpi indah dan menawarkan kehidupan penuh sakinah. Bayu awal musim panas membawa rasa dingin ke pipinya sesekali. Sumayyah sedikit terkejut. Sejak petang, dia terlalu melayan perasaan. Tetapi itu bukan kehendaknya. Kemurungan dan kesedihan ini bukan sengaja direka-buat. Itulah fitrah yang sudah tersedia sejak lahirnya. Itulah perasaan yang boleh menyelubungi sesiapa sahaja. Musim bunga sudah berakhir, bisik hatinya sendiri. Dan inilah musim bunga terakhir sepanjang hayatnya di sini. Sayangnya musim bunga yang berpanjangan di hatinya selama ini juga sudah berakhir. Sudah menemui noktahnya. Lalu sekarang musim apa pula yang bertapak di hati?........."
What do You think about Salju Sakinah (2008)?
Alhamdulillah. Buku ini best sesangat. Really changed and moved me :)
—Maggie
ana belajar menjadi muslimah yg tabah menghadapi dugaan hidup...
—pa33by