Alhamdulillah, buku ni memang mempunyai isi yang menarik dan bagus untuk santapan rohani. Kesungguhan seorang Pendakwah (Murobbi)dalam membimbing kawan2 (anak didikan/ akhwat) ke arah yang lebih baik. Menceritakan bagaimana seorang wanita yang tidak putus harapan dengan Allah, walaupon berhadapan dengan pelbagai seksaan, deraan, caci maki dan pandangan sinis masyarakat di sekitarnya. Kisah seorang pelajar yang cemerlang dari segi akedemik dan masih mencari Tuhan.Penceritaan mengenai jiwa remaja cintan cintun turut diselitkan iaitu bagaimana perasaan cintan cintun seorang remaja muslim perlu dijaga dan elak dari sebarang fitnah. Namun jalan penceritaan yang di LERET-LERETKAN membuatkan novel ini membosankan dan rasa terpaksa untuk dihabiskan. Pengajaran memang banyak. Hebat! Ana suka penulis menceritakan ttg pejuang Islam yg mempunyai cara-cara tersendiri untuk mengislahkan sahabat-sahabat di sekeliling. Informasi Islam penuh untuk dibaca. Jika diamati, kegigihan watak utama perlu dicontohi dalam perjuangan dakwah, islah dan tarbiah. Hatta, acuan watak utama juga diterap dari Rasulullah SAW. Selain itu, penulis bijak menarik minat dengan unsur suspen.Pengenalan subjek-subjek baru amat berguna untuk para pembaca, sebagai contoh, halaqah itu sendiri. Alhamdulillah.
What do You think about Tautan Hati (2007)?
best...novel pertama jatuh cinta kat Fatimah Syarha..
—ahlgrim11