Share for friends:

Read VT (2009)

VT (2009)

Online Book

Author
Genre
Rating
4.56 of 5 Votes: 4
Your rating
Language
English
Publisher
Galeri Ilmu

VT (2009) - Plot & Excerpts

Sukan adalah ibadah. Menarik. Tetapi bukan mudah untuk menanam konsep itu dikalangan pemain-pemain bola tampar MATRI. MATRI ialah singkatan kepada Ma'had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah yang terletak di Perlis. Cikgu Hussam bertugas sebagai pendidik di situ sekaligus memikul tanggungjawab memajukan semula pasukan bola tampar sekolah itu yang mana semua ahlinya merupakan pelajar bermasalah di sekolah. Berat tanggungjawab itu.Namun begitu, cabaran membentuk peribadi dan sahsiah pemain-pemain ini disambut oleh Cikgu Hussam dengan melaksanakan beberapa strategi. Memang pada mulanya kelihatan sukar sekali. Tetapi apabila kena dengan teknik dan taktik, Cikgu Hussam berjaya melenturkan ego dan amarah para pemainnya.Bukan mudah menjadi seorang guru. Tugas guru bukan hanya mengajar tetapi menjadi pendidik jiwa. Kejayaan anak didik dalam akademik merupakan satu kebanggaan tetapi jika anak didik cemerlang di dalam akademik dan sahsiah itu lebih memberi kepuasan kepada seorang guru.Demikianlah yang cuba dilakukan oleh Cikgu Hussam atau lebih dikenali sebagai Coach dikalangan pemain bola tampar. Najmi, Zulkarnain, Meor, Ridhwan, Abdul Qahar, Yassin, Wafiy, Omar, Farhan, Abdullah, dan Ihsan merupakan ahli pasukan bola tampar sekolah tahun lepas. Ada seorang lagi pelajar, Asyraf namanya. Tetapi disebabkan peristiwa kekalahan mereka tahun lepas, menyebabkan Asyraf benci dengan ahli kumpulannya dan terus mengasingkan diri dari kumpulan itu.Asyraf merupakan pelajar senior di sekolah terbabit malah telah menyertai pasukan bola tampar sejak dia di tingkatan satu lagi. Dahulu dia seorang pelajar yang bijak, kemas, dan cemerlang akademik. Namun, sejak mempunyai masalah keluarga, dia berubah perangai dan suka memberontak. Dia sendiri sebenarnya mempunyai misi yang perlu dilaksanakan. Akan tetapi, dapatkah dia melunaskan janjinya dengan seseorang satu ketika dahulu?Coach Hussam melakukan pemilihan semula. Dan kali ini, menyaksikan penambahan seorang ahli baru iaitu Malek. Malek sudah sinonim dengan gelaran 'Budak Milo'. Bertahun-tahun mencuba untuk menjadi ahli pasukan bola tampar akhirnya berjaya juga dia mencapai cita-citanya. Asyraf tidak memasuki pemilihan kali ini. Dia lebih senang melihat dari jauh.VT adalah unik. Penulis tidak mewujudkan kisah cinta di antara lelaki dan perempuan tetapi hanya berfokuskan kepada pemain-pemain bola tampar yang keras kepala, ego, tidak beradab dengan guru, dan mempunyai masalah keluarga yang teruk dan mengganggu pelajaran. Saya kagum kerana plotnya menarik, malah lancar dan tidak terganggu dengan unsur-unsur di dalam cerita.Permulaan cerita agak perlahan namun semakin mendebarkan dan mengujakan terutama apabila saya ingin mengetahui bagaimana Coach Hussam mampu mengubah mereka menjadi pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin, cemerlang dalam akademik dan hebat di dalam permainan bola tampar. Siapa sangka mereka begitu istiqamah melakukan ibadah fardu, menghadiri usrah, melazimi mathurat, menjalani latihan minda dan solat malam! Hasilnya, mereka berubah menjadi insan yang hebat tanpa disedari dan sekaligus dapat melonjakkan kecemerlangan akademik, menjadi anak yang paling baik dan menyejukkan hati ibu bapa mereka, dan cekap dalam permainan bola tampar.Banyak taktik Coach Hussam dalam melentur ego dan membentuk stamina mereka. Persediaan terakhir sebelum memasuki MSSPs ialah meningkatkan latihan fizikal MATRI, menjelajah mencabar universiti, dan mendapat latihan daripada beberapa orang pemain kebangsaan. Siapa sangka mereka akan bertarung dengan senior-senior lagenda mereka? Aha, sudah pasti ia satu perlawanan yang menarik. Malah berita mengenai persediaan mereka ini telah tersebar luas dan membuatkan orang ramai kagum dengan kesungguhan MATRI. Malah tidak kurang juga yang merasa kerdil untuk berlawan dengan MATRI. Bukankah di dalam perang, muslihat dibenarkan? Coach Hussam bijak menggunakan psikologi di sini.Dalam pada itu, ada seorang yang memandang penuh dendam apabila melihat MATRI kembali menyertai MSSPs setelah gagal mendapat johan tahun lalu. Insan ini pernah menggunakan taktik kotor dalam menyingkirkan jurulatih MATRI satu ketika dahulu. Dan tahun ini kembali dengan perancangan jahatnya kerana beliau gentar dengan prestasi MATRI yang meningkat begitu drastik dan juga kerana tidak mahu impiannya merangkul anugerah musnah. Dia terdesak ingin mengekalkan trademark sekolahnya dengan rekod 25-0 untuk tahun kelima berturut-turut. Rasuah sudah cuba disogokkan tetapi hampa, kini dia mengulang taktiknya dengan memasukkan racun ke dalam minuman MATRI.Cikgu Senan, jurulatih pasukan bola tampar SSNP tidak sedar rancangan jahat ini akan memakan dirinya. Setiap kebatilan akan terhapus dengan kebenaran. Tanpa disedarinya, salah seorang anak didik pasukan bola tamparnya iaitu Kasturi telah terdengar perbualannya dengan Coach Hussam di dewan SSNP. Coach Hussam meminta Cikgu Senan bermain dengan cara yang baik dan tidak menggunakan taktik kotor kali ini. Tetapi dipandang sinis sahaja oleh Cikgu Senan.Aril, pemain utama pasukan SSNP turut merasa bongkak dengan kejayaan yang dipegang oleh mereka iaitu rekod tanpa kalah selama 4 tahun berturut-turut. Dengan rasa angkuh inilah dia tidak dapat menahan marah apabila membelasah salah seorang ahli bola tampar MATRI bersama rakan-rakannya yang samseng. Jangan terlalu sombong, kelak akan menerima balasan.Saya begitu menggalakkan anda membaca buku ini. Banyak yang saya pelajari dari novel berwarna oren ini. Adakalanya terharu dengan ukhwah yang ditunjukkan dan kadang kala bersemangat menjadi muslim yang baik. Ada juga unsur suspens di hujung cerita ini ;) Dan istimewanya novel ini ialah penulis menulis latar dan watak yang hampir menyerupai rakan-rakannya di dalam pasukan bola tampar MATRI dengan beberapa pengubahsuaian (saya rasa).Cerita ini juga terasa dekat dengan saya kerana kampung halaman saya juga adalah di Perlis dan hampir dengan MATRI. Jadi, semasa membacanya 'feel' itu terasa ada kerana dapat membayangkan latar tempat yang digunakan.Ini novel kedua yang saya baca mengenai atlit yang ingin mengangkat ketinggian Islam di dalam sukan selepas Justeru Impian di Jaring oleh Zaid Akhtar. Syabas Hilal Asyraf! Teruskan usaha anda berdakwah melalui tulisan. Memetik kata-kata Ustaz Zul Ramli M. Razali di dalam bukunya, U-Turn Ke Jalan Lurus, "Kitab ialah bicara bisu pengarangnya yang merentasi zaman dan jarak!". Semoga dengan kehadiran novel sebegini mampu memberi nilai tambah kepada generasi muda. Insya Allah. Novel ini mengisahkan tentang bagaimana sebuah pasukan bola tampar dibentuk sehingga menjadikan aspek bersukan sebagai ibadah. Permulaan cerita mengisahkan tentang Coach Hussam yang tiba di MATRI untuk memupuk semangat kesukanan disulami elemen ibadah kepada pasukan bola tampar MATRI yang makin gilap kilauan - ia merupakan satu perjuangan, untuk membentuk peribadi seorang Muslim secara lahiriah & batiniah. Membaca novel ini, kita akan menjangka semuanya tidak mustahil. Asalkan kita berusaha dan bertawakal. Setiap usaha perlu diiringi doa kerana yang lebih mengetahui adalah Allah swt jua. Kisah ini diolah dengan sangat menarik, bagaimana coach Hussam membetuk pasukannya, dari awal mereka bersikap malas, tidak berkerjasama, lemah dalam akademik, melawan guru. Hilal berjaya menulis sebuah jalan cerita yang menarik dan perubahan yang dilakukan untuk memperbaiki sikap yang kurang elok itu dilakukan secara perlahan-lahan, tetapi memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan mereka. Sikap yang keras dapat dilentur sekiranya kena caranya dan usaha gigih dan berterusan beserta doa seorang guru dapat membuahkan hasilnya.Ah, membaca novel ini, sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada kehidupan di sekolah asrama dahulu - solat hajat, qiaimullai, doa rabitah, penutupan majlis dgn surah wal asr dan tasbih kifarah, usrah...Benar-benar menyegarkan ingatan saya kepada zaman lampau..Syabas penulis kerana mampu menghasilkan novel seperti ini, sedikit sebanyak banyak menambah ilmu saya tentang sukan bola tampar dan ibadah dalam sukan

What do You think about VT (2009)?

sgt2 bgus n best!! 5 bintang! 10 pun takpa~haha.. sukan adlh ibadah!
—sofiaboss94

somehow i prefer takdir than this book.. but its also good
—Crystalrose

cite psl permainan bola tampar...dan kish prshbtn....
—Trizsha

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books by author Hilal Asyraf

Read books in category Horror