Buku ini cerita pasal sebelum pengarang berkahwin dan pandangan beliau sekitar perkahwinan dan remaja pada. Kahwin itu satu perkara yang besar. Nak buat perkara yang besar, sudah tentu memerlukan persediaan yang sewajarnya. Dalam buku ini, pengarang bagi tiga iaitu rohani, emosi, dan material. Rohani tu berkenaan spiritual seperti solat 5 waktu, mengaji al-quran setiap hari, etc. Emosi tu contohnya dapat kawal diri ketika marah, bertolak ansur dengan orang lain etc. Material pulak contohnya pengurusan kewangan dan berjimat cermat. Begitu juga tentang kefahaman kita tentang islam contohnya berkenaan taharah (cara bersuci), cara berwudhu', mandi etc. Ustaz Azhar Idrus selalu sebut yang sebenarnya suami yang wajib ajar isteri tentang fardhu ain. Kalau suami tu tak mampu ajar, dia kena bawak ke kelas-kelas pengajian agama untuk belajar. Dan yang penting juga, tentang perancangan berkenaan kehidupan.Part berkenaan dengan realiti menarik jugak. Sebab hidup ini tak manis sentiasa. Hidup ini macam roda, sekejap di atas,sekejap di bawah. Kalau masa tengah bercinta ini, semuanya nampak indah dan baik-baik sahaja. Tapi bila dah 24 jam bersama, welcome to the reality bro. Sedih, kecewa, gembira, tertekan, bahagia semuanya dikongsi bersama. Tapi yang jadi 3 bintangnya sebab, kisah cinta kita, perlu ke kita share supaya satu Malaysia tahu? Mungkin pengarang cerita supaya kita boleh ambil contoh dan ibrah, serta lebih kepada perkongsian pengalaman dari beliau, tapi yelah, setiap orang ada pengalaman dan cara fikir yang berbeza. Yang baik kita boleh ambil sebagai contoh. Aku baca ni pun 2 hari je, baca pun laju-laju je sebab pernah baca kat Langit Ilahi. Aku rasa dulu aku suka dan selalu gak baca artikel Hilal kat LI, tapi sekarang ini memang dah kurang. Mungkin sebab dah 4 tahun tinggalkan zaman persekolahan. Bak kata Faiz "Level budak sekolah okay la baca buku tu, untuk orang yang memang tak ready". Hentikan cinta kosong. Hentikan cinta berasaskan nafsu semata-mata.Letak Ilahi itu sebagai matlamat dan letakkan Islam sebagai jalan.Ingat percintaan kita ini bagi membina ummah yang kuat pada masa hadapan. -Hilal Asyraf.Nice sharing from Hilal Asyraf.Nice ideas, nice thought from him.Bercinta bukan hanya sekadar aku suka kau, kau suka aku, kita kahwin. Selesai.Nope.Cinta seiring dengan tanggungjawab.Sebagaimana mengakui aku cinta kau hingga ke syurga.Penuh tanggungjawab, penuh persediaan.Jika betul cinta, persiapkan diri dari awal hingga akhir.
What do You think about Sebelum Aku Bernikah (2012)?
tema/message yang hendak disampaikan menarik dan jelas. cuma lenggok bahasanya agak skema.
—Sarah
Nak tahu persediaan macam mana sebelum berkahwin? bacalah, ada sesuatu.
—Aye