Share for friends:

Read Seksi Ovari (2012)

Seksi Ovari (2012)

Online Book

Genre
Rating
3.93 of 5 Votes: 3
Your rating
Language
English
Publisher
Sang Freud Press

Seksi Ovari (2012) - Plot & Excerpts

Mula tadi aku list down semua puisi yg aku suka. Bila dah list down aku dpt simpulkan bahawa 70 peratus dari puisi dalam buku ini memang aku suka.Betullah bak kata Pyan Habib dalam prakata - buku ini antara buku puisi termudah dan jujur yg pernah aku baca.Aku sebenarnya seorang pembaca yang tidak adil sebab aku dah lama tahu kewujudan buku ni, pernah curi baca beberapa kali di kedai buku tp tak pernah berniat utk membeli. Aku bukan orang puisi. Perlu "disuap" puisi itu utk aku tahu kesedapannya. Jadi kesempatan melihat penulis beraksi aku gunakan sebaiknya utk menilai urat saraf yg kurang sensitif dgn bait2 yg sensasi.Tak menghampakan. Jadi aku terus beli cetakan ketujuh (kan aku dah kata aku tak adil, walhal dah lama tahu kewujudannya)Sebabnya mudah. Bila kau tau yg kau baca sesuatu dan akan terus membaca benda tu, baik beli. Kalau tak yakin, jgn membazir.Aku tahu aku akan selalu baca benda ni. Sebab aku suka ayat manis dan positif (bkn manis macam twt_cinta di Twitter sana tapi habuk pon tarak).Tapi manis utk dijadikan penyeri hari.Aku bezakan dgn Puisi Tepi Jalan dan Love & Misadventure, akhirnya aku dpt formula nak membaca puisi. Mungkin aku bukan jenis yg suka puisi self-pity atau nak pelangkung orang sana sini.Mungkin sebab tu juga aku senang dgn buku ini. Senyum, walaupun yg pahit dihidangkan. Masih boleh makan walaupun yg masam2 disuakan. Sebab masih ada manis dalam setiap hidangan.Ya, kurang2 boleh tukar persepsi aku dari hidangan "cela, celaka, hina" yg aku dok baca dari tulisan Lord Zara satu masa dulu. Bila mana jd tuli dgn puisi.Buku ini juga tulus dan general utk semua perempuan. Tidak narcissist seperti buku puisi lain yg aku pernah baca. Balik2 cerita dia, balik2 cerita dia. Nope, kau dpt rasa dia tulis pasal org lain juga dan dia tahu bergaul dgn org lain selain dari manusia social media.Aku suka bila puisi tujuannya bukan utk menyindir atau membunuh sesiapa. Tapi utk ingatan pada diri dan buat bekal sepanjang hari.That explains Seksi Ovari. Yang ni dari aku untuk dia.Sejak akhir2 ini, aku suka diskusi kita walaupun ia belum pasti tapi ia seolah janji yg menunggu hari utk termetri. Tuhan tidak beri kita sentuh pelangi tapi Tuhan beri kita sentuh lautan. Syukur!Puisi tak perlu berat dan berbelit. Puisi ni seumpama rasa yg perlu kau serap dan selami. Baru feel. So ini lah antara puisi yang santai. Sekali baca dan kau nak ulang baca lagi. Bukan kerana gagal faham tapi kau rasa, eh, puisi ni macam untuk aku lah. Segalanya terkena batang hidung sendiri.

What do You think about Seksi Ovari (2012)?

a good first try!
—Marie

memahami.
—blueyblah

good
—HayHay

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Read books in category Poetry