walaupun situasi dan cerita yang ditonjolkan dalam buku ini kebanyakan ringkas dan bersahaja,namun cara penyampaian oleh Usman Awang cukup memukau. Bahasa yang digunakan lembut, namun penuh maksud. Patah-patah kata yang disusun walaupun sedikit nakal, cukup tajam dan berbisa. Lenggok satira yang digunakan, terutama dalam cerpen 'pilihan raya' boleh buat kita ketawa, namun dalam masa yang sama ada "sesuatu" yang ingin beliau sampaikan. Usman Awang bukan sahaja seorang penulis, tetapi beliau juga seorang pemikir. Karya-karyanya cukup menyentuh, sesiapa sahaja yang membacanya. Tahniah, untuk Fixi Retro untuk buku kecil yang hebat. :) Well, lets give this 5 stars. It deserved the greatest appreciation of a book in its own simplicity.Dipamerkan dengan gaya pulp fiction yang santai tetapi penuh hemah dan sindiran tajam. yang pasti isu-isu dan tema yang dibawakan masih relevan sehingga ke hari ini.Terasa seperti senario politik negara tidak pernah berubah langsung dari zaman selepas kemerdekaan sehingga kini.
Siakap senohong,Gelama ikan duri,Bercakap bohong,Bolehkah jadi menteri?
—Dylan
sarkastik sana-sini. siapa yang makan pedas, dia yang terasa.
—secretwang
kene ada iman yang kuat bila baca buku ni lagi lagi si adil
—alottathisalottathat
serius aku suka yang ini. sisi nakal pak usman.
—Kara
Naughty as the title
—Jsamps15